Orang-orang beriman
tidak menyesali apa yang berlaku, bahkan bangga dan bersyukur dengan apa yang
didatangkan oleh Allah s.w.t. padanya.
Mereka pula terus
melipat gandakan usaha-usaha dakwah supaya umat ini mendapat manfaat
daripadanya kerana kasih sayang Allah s.w.t. lebih sejuk dari air salju.
Benarlah firman Allah
s.w.t. dalam Al-Quran surah al-Lail ayat 15:
"Tidaklah masuk ke dalamnya kecuali orang yang
paling celaka."
Pernah seorang buta
mengadukan keadaan dirinya pada doktor untuk membolehkannya melihat seperti
manusia biasa melihat nikmat-nikmat Allah s.w.t.
Walaupun beliau buta,
tetapi kehidupannya tenang, aman, senang dan menggembirakan.
Lalu beliau berjumpa
dengan seorang doktor dan meminta doktor itu menitiskan ubat pada matanya bagi
mempastikan ia akan melihat cahaya keriangan lebih dari yang telah dirasainya
kini.
Setelah mematuhi
nasihat dan petua-petua seperti yang doktor sarankan untuk dilakukan, maka
suatu hari ia melihat cahaya keriangan.
Celik matanya
Merasai kegembiraan
itu, ia hendak berkongsi dengan isterinya dan memberitahu perkara yang sukar
untuk diterjemahkan dengan kata-kata.
Sedang beliau
menghala ke rumahnya ia dapati isterinya sedang bercumbuan dengan lelaki.
Ia juga terlihat
anaknya sedang menyelongkar mencari barangan di dalam almarinya.
Setelah memikir,
akhirnya ia membuat pernilaian dan keputusan bahawa penyembuhan matanya adalah
sihir yang merosakkan.
Lalu ia mengambil
gerpu dan mengcungkil kedua biji matanya.
"Mereka mengetahui nikmat Allah, mereka
mengingkarinya, dan kebanyakan mereka pula ialah orang-orang yang kufur
ingkar" (Quran, surah
an-Nahl: 83)
No comments:
Post a Comment