Friday 6 April 2018

MAIWP MERAIKAN PELAJAR CEMERLANG 2017




Kuala Lumpur, 5 Mac - Majlis Penyampaian Anugerah Kecemerlangan Akademik Pelajar Baitulmal Tahun 2017 Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) telah disempurnakan oleh YB Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir Bin Haji Baharom (B) di Pusat Islam Malaysia, Kuala Lumpur.

Teks ucapan YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dibacakan Oleh  Y.Bhg. Datuk Haji Mohamad Nordin bin Ibrahim, Timbalan Ketua Pengarah (Dasar), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Turut hadir pada majlis itu Tuan Haji Abdul Aziz bin Jusoh, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan merangkap Setiausaha MAIWP dan Tuan Haji Mohd Ajib bin Ismail, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, yang kini menjalankan tugas-tugas Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP.

Sempena majlis tersebut pelajar-pelajar yang mendapat keputusan yang cemerlang diraikan berdasarkan kategori masing-masing dimulai dengan keputusan UPSR 32 orang, UPSR (agama) 124 orang,  PT3 14 orang, SPM 38 orang, STPM 23 orang, STAM seorang, Diploma 85 orang dan Ijazah 44 orang.

Mereka yang diraikan menerima wang tunai dan sijil penghargaan.

Menurut Datuk Haji Mohamad Nordin, MAIWP saban tahun memperuntukan sejumlah wang untuk membina sahsiah pelajar-pelajar asnaf di Wilayah Persekutuan.

“Untuk tahun 2018 MAIWP memperuntukan bantuan bagi Am Persekolahan sebanyak RM13,955,650.00 manakala Bantuan Institut Pengajian Tinggi memperolehi sebanyak RM20,256,100.00.

“Keseluruhan peruntukan kepada pelajar-pelajar bantuan Baitulmal tahun 2018 sebanyak RM34,211,750.00,” ujarnya.

Bagi tahun 2017, MAIWP telah membelanjakan sebanyak RM8.43 juta bagi bantuan am persekolahan dan RM25.2 juta bagi skim-skim bantuan zakat pengajian tinggi.

Pada majlis tersebut Datuk Haji Mohamad melancarkan permohonan atas talian melalui e-Baitulmal yang boleh diakses serta merta.

Ia sebagai perintis dengan dimulakan 4 jenis bantuan; Bantuan Galakan Hafazan, Bantuan Persediaan Institut Pengajian Tinggi, Bantuan Am Institut Pengajian Tinggi dalam dan luar negara.

Seorang tokoh pelajar telah dipilih sebagai penerima Anugerah Kecemerlangan Akademik Pelajar Baitulmal Tahun 2017, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, dengan membawa cenderamata, wang tunai dan sijil penghargaan yang diberikan kepada Ainnul Akilah binti  Barmawi  menerusi kursus Perbankan peringkat Ijazah dengan pencapaian CGPA 3.83.








 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Your Blog Title

First post's title

Second post's title

Sidebar Gadget title