beranak satu, dan menawarkan mahar yang sangat mahal namun pinangan itu ditolak oleh Ummu Sulaim dengan alasan penuh kemuliaan dan berjiwa tinggi sambil berkata:
"Aku tidak pantas menikah dengan seorang yang masih
dalam keadaan musyrik."
Thalhah merasa amat
kecewa dan tidak menyangka tentang apa yang dilihat dan di dengarnya.
Kecintaan Thalhah
mengebu-gebu mendorongnya mendatangi lagi Ummu Sulaim dengan mahar yang lebih
besar dan dengan nilaian kehidupan dunia yang mewah.
Tetapi Ummu Sulaim
menolak untuk kedua kalinya, ia menjawab dengan nada tegas dan meninggi:
"Bukanlah lelaki seperti dirimu pantas ditolak wahai
Abu Thalhah, akan tetapi kau seorang yang kafir dan aku adalah seorang
muslimah, maka tidak pantas aku menikah denganmu."
"Apa yang kamu inginkan?"
"Apa yang aku inginkan?"
"Emas kuning dan permata putih?"
"Aku tidak menginginkan emas kuning dan permata
putih. Aku hanya inginkan agar kau masuk Islam."
"Siapakah yang boleh membimbingku kepadanya?"
"Rasulullah s.a.w."
Selepas itu Abu
Thalhah menemui Rasulullah s.a.w. dan memberitahunya tentang apa yang dikatakan
oleh Ummu Sulaim.
Setelah keislamannya
diapun menikahinya.
Keperibadian Ummu
Sulaim mengukir kebaikan, kemuliaan dan keimanan.
Ia menampakkan
keindahan, keharuman dan meraih pahala agung lagi berkat kerana ia adalah sosok
wanita jujur terhadap Tuhannya, jujur terhadap dirinya dan juga jujur terhadap
orang lain.
Ketika anak lelaki
mereka, Umair, sedang mengidap penyakit, Abu Thalhah terpaksa meninggalkannya
kerana ada urusan di luar Madinah, lalu anak tersebut meninggal dunia.
Sekembalinya dari
perjalanan Abu Thalhah bertanya tentang anaknya.
Dijawab oleh Ummu Sulaim
dia lebih tenang dari sebelumnya.
Ummu Sulaim
menyediakan makanan dan menikmati bersama suaminya, Abu thalhah, dengan penuh
kesyukuran.
Selepas itu mereka
mengadakan hubungan intim dengan keberakahan Allah s.w.t.
Setelah selesai
berjima' Ummu Sulaim berkata:
"Mereka telah menguburkan anakmu."
Keesokan harinya Abu
Thalhah menghadap Rasulullah s.a.w. dan menceritakan peristiwa tersebut.
"Kalian telah menikmati malam pengantin."
"Ya Allah, berilah keberkahan bagi mereka
berdua."
Hasil hubungan intim
suami isteri (Ummu sulaim dan Abu thalhah) yang diberkati oleh Allah s.w.t,
Ummu Sulaim mengandung lagi dan akhirnya melahirkan seorang anak lelaki yang
ditahnik oleh Baginda Rasulullah s.a.w. yang dibawah oleh Anas bin Malik,
abangnya (anak lelaki tunggal Ummu Sulaim dari suami terdahulu, Malik bin
Nadhar) setelah diarahkan oleh Abu Thalhah dan diberikan nama Abdullah oleh
Rasulullah s.a.w..
Menurut riwayat
Abdullah bin Abu Thalhah mempunyai 7 orang anak, semuanya hafaz Quran.
Abu Thalhah mendapat
gelaran, syahid yang berjalan di atas bumi kerana peranannya dalam peperang
Uhud, demikian juga isterinya, Ummu Sulaim, wanita yang dijamin syurga.
Sesungguhnya
sebaik-baik yang disimpan oleh seseorang suami adalah isteri yang setia.
Allahu Akhbar
No comments:
Post a Comment