Kemenangan adalah ketika
sifat-sifat baik dapat mengalahkan dengan lebih menonjol daripada sifat-sifat
buruk.
Begitulah juga apabila
menerima pujian, sehinggakan tidak ada dalam diri pun, akan dipuji-puji atas
nama dipuji itu.
Masyarakat tidak akan pernah
percaya tentang sifat buruk kerana ia diatasi oleh perlakuan-perlakuan yang baik,
yang ditonjolkan. Perkara buruk disembunyikan, disorok-sorok.
Air mutlak, bila mencapai dua kolah
dianggap suci. Bukit, akan tetap disebut bukit meskipun bebatuannya tidak
bertambah dan tidak pula berkurang.
Kita membaca serangan pedas
yang diarahkan kepada Qais bin Ashim, seorang di kalangan Arab dikenal sangat
penyabar. Begitu juga serangan ditujukan kepada Baramikah yang mulia itu dan
serangan yang diarahkan kepada Qutaibah bin Muslim, seorang panglima Islam yang
sangat terkenal pada zamanya.
Namun ternyata, semua kecaman
dan hujahan itu tidak pernah diingat, tidak pernah dikutip, dan tidak pernah
dipercayai kerana semua itu telah tenggelam di samudera sebagaimana MH370
terperosok di lautan dalam di Laut Hindi sebagaimana terperosoknya akal golongan dungu.
Ia telah ditelan oleh zaman.
Sebaliknya, dari membaca
kisah-kisah sifat terpuji itu, kita juga mendapatkan pujian dan pujaan yang
ditujukan kepada Al-Hajjaj, Abu Muslim Al-Khurasani dan Al-Hakim Biamrillah
Al-Ubaidi.
Namun semua pujian itu tidak
pernah ada yang mengingatkannya, tidak pernah dicatatkan diungkapkan dan tidak pernah ada yang
mempercayainya. Semua pujian itu lenyap di tengah tumpukan kejahatan mereka,
kekejaman dan perlakuan sewenang-wenang.
Ia pula diserap oleh
pergolakan semasa dan terkini.
Apabila Amerika menunjukkan
provokasinya kepada Korea Utara, ia mengheret bersamanya Jepun dan Korea
Selatan sebagai umpan penampan baginya.
Amerika membina suatu kondisi
persepsi tentang gusarnya apabila Korea Utara dari masa ke semasa
memperkukuhkan pasak-pasaknya.
Ia semakin tergugat apabila
ugutan demi ugutan tidak diendahkan oleh paksi keganasan, Korea Utara yang
dilabel oleh Amerika itu.
Inilah yang disebutkan dalam
bahasa comel, peribahasa Melayu:
'Bersua baji dengan matan.'
Ia juga sebagai isyarat
menggempak negeri-negeri yang tiada keupayaan membina persenjataan mereka
sendiri sebagai bersiap siaga. Mereka adalah negeri-negeri kerdil yang mudah
diugut dan dipulas telingnya. Puncanya kerana pemimpinnya suka membuncitkan
perut.
Jangankan negeri-negeri
kerdil, negeri yang terkaya di dunia pun, Arab Saudi, diikat dan dipalit dengan
IMF.
Maka tidak menghairankan jika
dicaturnya Arab Saudi dengan Qatar.
Ia berselindung melalui
tangan-tangan ghaibnya, melakukan kerosakan di muka bumi. Dituduhnya
musuh-musuhnya sebagai pengganas terrorisme kerana ia memulai pengganasan dan
tentulah musuh-musuh itu bertindak balas kepadanya. Ia pun membina strategi
bagi mengekalkan hegemoninya. Sebagaimana persatuan-persatuan kerdil di kalagan
ahli-ahli merancang mengekalkan jawatan-jawatan mereka supaya mudah mengikat anggota-anggotanya.
Moga-moga kita tidak keliru di
antara air mata keikhlasan dengan air mata buaya, di antara sandiwara,
dongengan, bermain silap mata dan ugutan.
Dan, yang penting membawa
kebenaran dan kebahagian.
No comments:
Post a Comment