"Maka yang mana satu di antara
nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan (wahai umat manusia dan
jin)?" (Quran, surah Ar-Rahman: 13)
Ayat ini disebutkan di dalam surah ini
sebanyak tiga puluh satu kali. Istifham atau kata tanya yang terdapat dalam
ayat ini bermakna taqrir atau menetapkan, demikian itu kerana ada sebuah hadith
yang diriwayatkan oleh Imam Hakim melalui Jabir r.a. yang telah menceritakan,
bahwa Rasulullah s.a.w. membacakan kepada kami surah Ar Rahman hingga selesai.
Kemudian beliau bersabda, Mengapa kalian ini diam sahaja? Sungguh jin lebih
baik jawapannya daripada kalian, kerana sesungguhnya tiada sekali-kali aku
bacakan kepada mereka ayat ini,
Maka manakah nikmat-nikmat Rabb kamu berdua
yang kamu dustakan? (melainkan mereka menjawabnya: Wahai Rabb kami, tiada satu
pun nikmatMu yang kami dustakan, bagiMu segala puji."
Allah
s.w.t. mengingatkan:
"Dan (ingatlah) pula ketika Tuhan kamu
berfirman: Rabb kalian sesungguhnya jika kalian bersyukur pasti Kami akan
menambah nikmat kepada kalian dan jika kalian mengingkari nikmatKu (apabila
ingkar terhadap nikmat Tuhan dengan kekafiran dan kederhakaan nescaya akan
menurunkan azab kepada kalian). Sesungguhnya azabKu sangat keras."
(Quran, surah Ibrahim: 7)
Tuan
puan yang diberkati,
Pertamanya; kita bersyukur atas nikmat
Islam dan iman.
Keduanya; kita bersyukur atas
nikmat-nikmatnya; nikmat rezeki, nikmat mata, nikmat hidung, nikmat lidah,
nikmat telinga, nikmat tangan, nikmat perut, nikmat kemaluan, nikmat kaki dan
nikmat-nikmat lain yang amat banyak untuk disenaraikan.
Ketiganya; kita bersyukur atas
nikmatnya kita bertakwa dan digolongkan menjadi penghuni syurga.
Nabi
Daud a.s. berdoa:
"Wahai Tuhanku, bagaimana aku bersyukur
kepadaMu, sedangkan syukur itu sendiri juga merupakan nikmat dariMu."
Allah
s.w.t. berfirman:
"Kini, engkau telah mengakuiKu dan
bersyukur kepadaKu."
Rasulullah
s.a.w. adalah penghulu orang bersyukur, sabdanya:
"Wahai Tuhanku, berilah pertolongan
kepadaku untuk sentiasa mengingatMu, bersyukur kepadaMu dan menjalankan
sebaik-baik ibadah kepadaMu."
Dalam
perkara salat yang banyak dilakukan pada waktu malam sehingga kaki Nabi s.a.w.
bengkak, lalu ditanya;
"Mengapa engkau melakukan perkara itu,
sedangkan Allah telah mengampuni dosamu yang telah lalu mahupun yang akan
datang."
Rasulullah
s.a.w. menjawab:
"Tidak bolehkan aku menjadi hamba yang
banyak bersyukur?"
Seandainya
kita memerhati dan merenung kepada diri kita maka pastilah kita akan sujud
kepada Allah s.w.t. tanda terima kasih.
Allah
s.w.t. mencipta kita dalam keadaan normal, sihat dan seimbang; memiliki
pendengaran dan penglihatan, sifat merasa, penghiduan dan peka dengan sentuhan.
Anggota
badan sesuai dengan ukuran dan fungsi masing-masing; mata sepasang dengan
airnya berperisa masin, dan pandangannya walaupun menjuling tapi tetap fokus.
Telinga
diletakkan sebelah menyebelah tepi kiri kanan kepala dan air telinga itu pula
berperisa pahit. Ia pula sensitif dengan bunyi-bunyian.
Hidung
berkedudukan tepat diletakkan di tengah-tengah di antara mata dan mulut. Ia
menyegarkan otak/akal ketika melakukan pernafasan. (Kalau boleh hidung jangan
biarkan berair kerana ia ada kesan kepada pernafasan). Airnya bersifat hangat.
Bibir
mulut comel. Air mulut pula berperisa tawar walaupun bila bercakap dengan
seseorang bila rapat-rapat akan terhidu bau mulutnya.
Muka
berbentuk bulat/bujur, dan tangan sama panjang manakala jari jemari cantik
molek.(Letak cincin di jari manis nampak serinya).
Qubur
berfungsi melanjutkan zuriat dan nasab. Dubur untuk saluran menyahkan barangan
toksid dalam badan.
Dua
kaki mengerakkan anggota badan supaya rajin ke masjid surau untuk salat
berjemaah dan tegak kehidupan di jalan Allah s.w.t.. Oleh itu, wajarlah hidup
ini dinaungi keberkatan.
No comments:
Post a Comment