SUBKY LATIF 24 APRIL 2018
SEJURUS selepas abang saya,
Ustaz Baharuddin Abdul Latif, mantan Setiausaha Agung PAS meninggal awal 90-an
saya diberitahu, pesan terakhirnya kepada cucunya, Zia ul-Haq, jangan
tinggalkan jamaah Islam.
Mafhumnya hendak sentiasa bersama
jamaah Islam hidup dan mati.
Saya beritahu ini kepada TG
Haji Abdl Hadi Awang ketika itu Timbalan Presiden PAS. Beliau amat gembira
dengan pesan terakhir rakan seperjuangannya itu kepada anak cucunya.
Ia mengingatkan saya kepada
wasiat Nabi Ibrahim dan Nabi Yaakub. Menjelang kematian mereka dipesannya
kepada anak cucu yang berkumpul di sisi mereka, hendaklah masing-masing mati
dalam Islam.
Pada hal dua putera Nabi
Ibrahim tentu diketahuinya menjadi nabi, Nabi Ismail dan Nabi Ishak. Cucunya
juga jadi nabi, Nabi Yaakub. Nabi Yaakub tahu anaknya Yusuf menjadi nabi. Tentu
ada hikmahnya mengingatkan supaya masing-masing hidup dan mati dalam Islam
kerana tiada jaminan sekalian zuriat mereka jadi imam.
Abang saya tiada harta unuk
diwasiatkan kepada anak dan cucunya. Yang ada dia meninggalkan jamaah Islam,
PAS yang disertainya sejak muda hinggalah matinya. Saya kira abang saya sedikit
sebanyak mengikut apa yang Nabi Ibrahim dan Nabi Yaakub ingatkan anak-anaknya
menjelang matinya.
Saya percaya abang saya memang
berpesan begitu kepada cucunya. Sekalipun ia disampai kepada seorang cucu,
tetapi ia pesan kepada semua.
Saya ingatkan kepada
anak-anaknya yang ramai bahawa bapa mereka adalah orang yang hadir pada
penubuhan PAS tahun 1951. Ia satu penghormatan Allah kepadanya. Haji Yusof
Rawa, TG Nik Aziz, Ustaz Fadzil Noor dan TG Haji Hadi tidak dapat peluang itu.
Maka wajarlah anak cucunya bersyukur dan memelihara rahmat bapanya.
Lebih sejuta ahli PAS sekarang
dan ribuan lagi yang menyokongnya hari ini adalah menyambut bangga akan wadah
Islam yang bapa mereka ikut tubuhkan 67 tahun dulu. Wajar berada dan menyumbang
apa yang ada pada wadah itu. Jika tidak terdaya beri apa-apa jangan jauhkan
diri pusaka yang dia tinggalkan. Tidak ada yang dapat diawariskan kepada anak-anak.
Jangan berjuta orang
menjunjungnya, anak-anak tengok dari jauh saja.
Wajar diingatkan ramai
anak-anak pemimpin PAS bukan saja tidak pedulikan PAS, sebaliknya menentang
parti bapa masing-masing. Telah berlaku sejak dulu lagi Pesuruhjaya PAS Pahang 50-an
dan 60-an, Dato’ Abu Samah dan Dato Yassin’, anaknya jadi menteri Umno dan
orang kuat Umno.
Bukan asing anak-anak pembesar
PAS meninggalkan PAS dan menentang PAS. Abang saya pernah tidak senang dengan
pemimpin PAS dan dilucutkan jawatan parti, tetapi dia kekal dalam parti, kerana
perbezaan adalah dengan pemimpin, ia tidak melayakkannya keluar PAS.
Saya takut anak-anak abang
saya tercicir sama. Seorang pemimpin tinggi PAS tidak senang dengan seorang
pmimpin yang lain yang terbilang pintarnya. Dia tulis surat kepada pemimpin
itu. Katanya dia getik dengan politiknya, tetapi dia pernah mendengar bapanya
memuji ilmu dan kepintarannya. Dia tidak boleh terus membencinya kerana
teringatkan sebuah hadis bermaksud, anak yang disukai Allah ialah yang memuliakan
apa yang ibu bapanya suka dan fikir.
Ibu bapa masing-masing sayang
dan mati meninggalkan PAS, tiba-tiba anak cucu tidak hormati apa yang mereka
suka. Takut jadi anak yang Nabi maksudkan itu.
Jika tidak suka sesuatu pada
parti, diam macam abang saya dulu. Bila berubah pimpinan, dia gembira bersama
PAS hingga mati. – HARAKAHDAILY 24/4/2018
Sumber: http://www.harakahdaily.net
Berbuat baik kepada ibu bapa Dalam ISLAM
Islam mengajar agar anak-anak
menghormati ibu bapa dan menghargai pengorbanan mereka. Perintah ini banyak
dimuatkan dalam al-Quran yang menunjukkan bahawa perkara ini amat penting.
“Dan Kami perintahkan kepada
manusia (agar berbuat baik) kepada kedua orang tuanya, ibunya telah
mengandungkannya dengan keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyusukannya
selama dua tahun, bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua orang tuamu, hanya kepada
Aku kembalimu” (Quran, surah Luqman: 14)
"Dan Kami wajibkan manusia
berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan
menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah.
Sedang tempoh mengandungnya beserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah
dalam masa tiga puluh bulan. Setelah ia besar sampai ke peringkat dewasa yang
sempurna kekuatannya dan sampai ke peringkat umur empat puluh tahun, berdoalah
ia dengan berkata: "Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur
akan nikmatmu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya
aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan jadikanlah sifat-sifat
kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku
bertaubat kepadamu, dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk
patuh kepadamu)". (Quran, surah al-Ahqaf: 15)
Menghormati dan taat kepada
ibu bapa akan mewujudkan suasana yang harmoni, damai dan tenang dalam keluarga.
Hadith RasulAllah di bawah wajar diperhati sebagai peringatan kepada kita dalam
menjaga adab dengan ibu bapa.
“Bukanlah daripada golongan
kamu, sesiapa yang tidak menghormati orang tua kami dan tidak pula mengasihi
anak kecil kami.” (Hadis riwayat Tabrani).
RasululAllah tidak mengiktiraf
mereka yang tidak menghormati ibu bapa mereka termasuk dalam golongan muslim.
Dalam hadis yang lain, perbuatan derhaka kepada kepada ibu bapa merupakan
maksiat yang akan di balas dengan segera di dunia ini.
“Dua kejahatan yang disegerakan
balasan di dunia adalah zina dan menderhaka kepada dua ibu bapa.” (Hadis
riwayat at-Tirmizi)
Sebagai contoh mudah, cerita
lama si tanggang yang sombong dan mengina ibunya setelah menjadi nahkoda kapal,
mendapat balasan dengan ditukar menjadi batu setelah ibunya merintih dan berdoa
kepada Allah akan memberi pengajaran kepadanya.
Menderhaka kepada kedua ibu
bapa merupakan dosa yang besar dan sangat dimurkai oleh Allah. Perkara ini
diberikan contoh yang lebih mendalam dan lebih kecil sehingga kepada perkataan
dan ucapan seharian.
Allah melarang anak-anak
melawan ibu bapa mereka dengan nada yang kasar yang boleh menyentuh hati
seperti perkaaan ‘ah’, ‘cis’, ‘uh’ dan sebagainya.
“Tuhanmu telah memerintahkan,
supaya kamu tidak menyembah selain Allah, dan hendaklah berbuat santun terhadap
kedua orang tua. Jika salah seorang telah lanjut usianya, atau kedua-duanya
telah tua, janganlah sekali-kali engkau berani berkata ‘ah’ terhadap mereka dan
janganlah engkau suka menggertak mereka. Tetapi berkatalah dengan sopan santun
dan lemah lembut.” (al-Isra’, 17: 23 )
Perkara ini mungkin nampak
kecil, namun Allah tetap menekannya agar manusia mengambil peringatan dalam
menjaga adab dan sebagai batas-batas dan aturan yang perlu diikuti demi
keharmonian hidup.
Sebagai anak, wajar kita
sentiasa bertutur dengan lemah lembut dan mengucapkan kata-kata yang baik dan
menyenangkan hati mereka. Dan lebih-lebih lagi kita dituntut agar mendoakan
kesejahteraan mereka.
“Dan rendahkanlah dirimu
terhadap keduanya dengan penuh kasih sayang dan ucapkanlah, “Wahai Tuhanku,
sayangilah keduanya sebagaimana mereka telah mendidik aku pada waktu kecil”
(Quran, surah al-Isra’: 24)
Menghormati dan berbakti
kepada ibu bapa merupakan suatu perkara yang sangat disukai oleh Allah dan
termasuk dalam perbuatan yang menjadi keutamaan yang tinggi.
Diriwayatkan daripada Bukhri
dan Muslim, Ibnu Umar berkata: Saya telah bertanya kepada Nabi Muhammad: Apakah
perbuatan disukai oleh Allah? Lalu baginda bersabda: Sembahyang pada waktunya.
Kemudian apa? tanya saya lagi. Baginda menjawab: Berbakti kepada kedua ibu
bapa. Saya bertanya: Apa lagi. Jawab baginda: Berjihad pada jalan Allah.
Ketika ditanya oleh seorang
sahabat daripada kaum Ansar mengenai masih adakah tanggungjawabnya terhadap ibu
bapa yang sudah meninggal dunia, Rasulullah menjawab dengan sabdanya bermaksud:
“Ada, iaitu berdoa, beristighafar untuk kedua-duanya, menyempurnakan janji,
memuliakan sahabat taulan kedua-duanya dan menyambungkan silaturahim yang tidak
sempat dijalinkan oleh kedua-duanya.” (Hadis riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah).
Marilah kita bersama-sama
menyemai kasih sayang dan mewujudkan keharmonian dalam keluarga sehingga
diberkahi dan mendatangkan sakinah. Semoga keharmonian dalam keluarga akan
menyemarakan lagi kesejahteraan dan kualiti hidup bermasyarakat.
sumber : www.thevocket.com | islamituindah.my
No comments:
Post a Comment