"Tempatkanlah
posisi anda pada tempat yang tepat."
Seorang bijak berkata:
"Orang yang
menginginkan pekerjaan yang bukan bidangnya ibarat orang yang menanam pokok
kurma di Genting Highland, Malaysia dan menanam pokok limau di Hijaz, Arab
Saudi."
Dalam sebuah hadith disebutkan:
"Setiap orang
diciptakan menurut bakatnya masing-masing."
Ketika merujuk hadith di atas, mengapa bakat yang ada tidak
dikembangkan potensinya, kemampuan yang ada tidak dimaksimumkan penggunaannya
atau membiarkannya, sebagaimana kita membiarkan emas bertebaran berkikauan di
kaki-kaki bukit?
Allah s.w.t. apabila mengkehendaki sesuatu, terlebih dahulu
menyediakan semua saranannya.
Maka orang yang paling kecewa, merana jiwanya, dan paling
kotor fikirannya adalah orang yang ingin menjadi bukan dirinya.
Manakala orang cerdik selalu menilai dirinya, sama ada
merudumkah akhlaknya atau ada perubahan meningkatkah amalannya?
Jika menyusut akan selalulah ia nenambah kekurangannya itu,
memulihkannya semula.
Jika ia berbakat sebagai pekerjaan kuli, dia akan melakukan
tugas-tugas kulinya yang terbaik sebagai seorang kuli.
Jika berbakat sebagai ketua atau pemimpin, dia pun akan
melakukan kerja-kerjanya dengan terbaik sebagai ketua atau pemimpin.
Contoh:
Sibawaih dikenali sebagai pakar dalam ilmu nahu. Dia pernah belajar hadith, namun sama sekali tidak mampu
dan daya ingatanya sangat lemah. Kemudian dia pun belajar ilmu nahu, ternyata ia sangat cerdas, ingatanya amat mendalam dalam
disiplin ilmu ini, hari-hari berikutnya banyak teori-teori baru diciptanya
dalam ilmu nahu.
Demikian juga Hassan bin Tsabit r.a. kurang sedap suara
azannya berbanding Bilal bin Rabah r.a..
Begitu juga Khalid bin Al-Walid r.a. tidak pintar membahagi
harta faraid/ warisan sebab dia bukan Zaid bin Tsabit r.a..
Berkatalah pejuang mujahiddin:
“Setiap kancah
peperangan akan melahirkan pejuang-pejuang yang kental, memusnahkan kekufuran,
dan ribath di kawasan jagaan masing-masing."
"Setiap pejabat pula
akan memerlukan ahli audit bagi penyelerasan dan perekodan masing-masing."
Marilah letakkan posisi kita menurut keupayaan dan jangan
bersungut jika kita diletakkan sebagai ketua dan jangan pula berlagak sombong
seperti ketua jika kita diletakkan sebagai kuli.
Jadilah seperti pasukan bola sepak yang meletakkan diri
masing-masing menurut posisi yang ditetapkan demi meraih kejayaan bersama.
Berkerjasamalah walaupun keputusan yang menyebelahi kita
sukar kerana di sana banyak hikmah tersembunyi yang kita tidak tahu. Moga-moga
Allah s.w.t. merahmati kita.
Amin.
Depo Pulsa 25rb Dan Bonus Chip Gratis Manfaat Jagung Untuk Ayam Bangkok
ReplyDelete