Senario pertama
Siapakah
yang tidak mengenali Abdullah bin Abbas r.a. @Ibnu Abbas r.a., seorang yang
hebat dalam bidang ilmu syariat sama ada dalam dakwah, penterjemahan Al-Quran,
kedermawaan atau akhlaknya, membuatkan musuh-musuhnya dari Bani Ummayyah dan
Bani Marwan menjadi cair.
Sehingga
kepakaran yang ada padanya dapat disampaikan dalam majlis-majlis; diskusi,
forum, wacana, seminar, bengkel, ceramah atau tabliq secara terbuka kerana ia telah
melupakan peristiwa Perang Jamal dan Perang Shiffin atau perang-perang sebelum
dan sesudahnya.
Dia
kini bangkit untuk membangun, merentas jalan, membina ruang serta menghapuskan
luka lama walaupun berparut.
Oleh
itu, dia menjadi sangat disegani oleh siapa saja, dan menjadi seorang ahli ilmu
di antara umat Muhammad s.a.w.
Senario kedua
Siapa
pula yang tidak mengenali Abdullah bin Az-Zubair r.a @Ibnu Az-Zubair r.a.,
seorang pahlawan, ketokohan dan kemampuannya yang sangat tinggi dalam
kepimpinan, kehebatan ibadahnya dan memiliki jalur keturunan yang mulia.
Dalam
berjihad, dia lebih suka mengambil jalan konfrontasi.
Akibatnya,
dia jarang meriwayatkan hadith, dan itulah yang disesalkan oleh kaum muslimin.
Selanjutnya,
meletuslah peperangan sehingga Kaabah pun rosak terkena lontaran batu oleh
musuh-musuhnya kerana beliau tinggal berdekatan Kaabah.
Ramai
manusia terbunuh dan dipancung termasuk beliau sendiri dihukum mati kemudian
jasadnya disalib.
Pelajaran dan ibrah
Mereka
yang berbahagia adalah orang yang mendambakan akhirat. Tidak pernah berharap
pada manusia kerana kurniaan Allah s.w.t. kepada mereka.
Kisah,
dua senario yang berbeza dari segi pendekatan dakwah ini bukan bererti kita
ingin mengecil apa yang mereka lakukan, bukan pula merendahkan kedudukan
mereka.
Namun
ia adalah rekod sejarah yang kita pelajari sejak dibangku sekolah.
Ia
juga sekadar kajian sejarah yang bertujuan mengambil pelajaran dan ibrah daripadanya.
Bahawa
lemah-lembut, ramah, pemaaf merupakan sifat-sifat yang tidak dimiliki, kecuali
hanya oleh segelintir manusia yang amat sedikit bilangannya.
Sikap
itu menuntut seseorang untuk berani mengorbankan dirinya, mengekang hasratnya,
mengendalikan cita-cita dan keinginannya.
Rumusan
Berbahagilah
yang memahami pergolakan semasa; sama ada karenah tempat kerja, kampung,
daerah, negeri, dan/atau peringkat global.
Apatah lagi musim pilihan raya sedang berada di ambang ketibaannya.
Apatah lagi musim pilihan raya sedang berada di ambang ketibaannya.
Sesungguhnya
Allah s.w.t merahmati mereka yang bersama jamaah dan umat Islam kerana adalah
ketetapan Allah s.w.t. itu suatu ketetapan yang pasti berlaku.
No comments:
Post a Comment