By Editorial - 31 January 201701830
Tahukah anda, pada pilihan raya umum (PRU) ke-14
ini, kira-kira 50 parti bakal bertanding? Mungkin ada yang tidak menyedari
mengenainya kerana selama ini hanya Barisan Nasional (BN) dan parti gabungan
pakatan pembangkang sahaja yang banyak diperkatakan di media massa dan media
sosial.
Tetapi itulah hakikatnya, 50 parti yang akan
bertanding dan jumlah yang besar itu membuktikan bahawa Malaysia adalah sebuah
negara demokrasi, di mana parti-parti bebas untuk mengemukakan calon dan
mengambil bahagian dalam PRU.
Selain BN dengan UMNO dan 13 parti komponennya,
antara parti lain adalah DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR), Parti Amanah Negara
(PAN), Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Parti Amanah Negara (Amanah),
Parti Warisan Sabah, Parti Makkal Sakti, Parti Ikatan Malaysia, Parti Maju Sabah,
Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa), Parti Rakyat Malaysia (PRM),
Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA), Parti Liberal Demokratik (LDP),
Parti Bersatu Sasa Malaysia (BERSAMA), Parti Maju Sabah (SAPP), Parti Pekerja
Sarawak (SWP) dan Parti Sosialis Malaysia (PSM).
Itu antara parti-parti yang dapat disenaraikan dan
jika dilihat kepada jumlah yang banyak ini, ia menolak andaian yang dibuat oleh
pembangkang bahawa proses pilihan raya di Malaysia tidak telus dan tidak
demokrasi.
Selepas baca artikel ini, pihak pembangkang tidak
perlu lagi buat demonstrasi jalanan seperti Bersih untuk tuntut pilihan raya
bebas dan adil.
Selama ini, tidak ramai yang menyedari akan
kehadiran parti-parti berkenaan kerana ia jarang diketengahkan berbanding BN
dan pakatan pembangkang yang kerap diperkatakan.
Namun menyedihkan apabila pembangkang sengaja
melaungkan proses pilihan raya di Malaysia sebagai tidak demokrasi hanya
apabila mereka kalah di kerusi yang mereka tandingi sahaja. Jika mereka menang,
mereka hanya menutup mulut.
Bukan itu sahaja, mereka ini yang sering melaungkan
tiada demokrasi di Malaysia sebenarnya sengaja menjadikannya sebagai helah
politik. Jika betul Malaysia tidak demokrasi, bagaimana mungkin pembangkang
mampu mentadbir Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan.
Masih ingatkan anda bagaimana Datin Seri Dr. Wan
Azizah Ismail sengaja mengosongkan kerusi Parlimen Permatang Pauh bagi memberi
laluan kepada suaminya, Anwar Ibrahim untuk bertanding di situ?
Walaupun mendapat bantahan ramai namun Suruhanjaya
Pilihan Raya (SPR) tetap mengadakan pilihan raya kecil di Permatang Pauh.
Bukankah itu tandanya proses demokrasi subur di Malaysia, hanya pembangkang
yang cuba mengaburinya.
Disebabkan kononnya pilihan raya di negara ini tidak
telus, maka Bersih telah ditubuhkan dengan memperjuangkan agenda kononnya bagi
memperbaiki sistem pilihan raya di Malaysia.
Tetapi akhirnya apa yang berlaku kepada Bersih? Ia
telah dikuasai oleh pembangkang dan menjadi pentas untuk menentang kerajaan
dengan mengadakan perhimpunan haram di jalanan.
Malahan Bersih sendiri telah telah melanggar prinsip
demokrasi apabila apabila mereka menuntut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun
Razak meletak jawatan pada himpunan haram Bersih 4 dan 5 yang diadakan sebelum
ini.
Mereka menuntut Perdana Menteri melepaskan jawatan
meskipun siasatan telah dijalankan dan beliau didapati tidak bersalah oleh
pihak berkuasa yang sah yang berkaitan. Ia jelas menunjukkan kononnya Bersih
tidak berat sebelah dan tidak terlibat dalam politik, adalah pembohongan
semata-mata.
Apa yang penting, janganlah kita terpengaruh dengan
dakyah palsu yang cuba dimainkan oleh pembangkang mengenai proses demokrasi di
Malaysia ini. Ia hanya helah politik mereka semata-mata.
Dengan 50 parti politik yang ada, jumlah ini adalah antara yang tertinggi
bagi mana mana negara demokrasi di dunia. Tiada siapa dihalang untuk jadi wakil
rakyat di Malaysia. Cukup syarat, maka bertandinglah secara demokrasi. Cuma
berpolitiklah semasa waktunya, jangan semua benda hendak dipolitikkan.
No comments:
Post a Comment