Allah s.w.t. berfirman:
"(Maka apakah orang-orang yang mendirikan masjidnya di atas dasar
takwa) kerana takut (kepada Allah dan) selalu mengharapkan (keredhaan)-Nya itu
(yang lebih baik, ataukah orang-orang yang mendirikan bangunannya di tepi)
dapat dibaca jurufin dan dapat pula dibaca jurfin, artinya di pinggir (jurang)
yakni hampir roboh (lalu bangunannya itu jatuh bersama-sama dengan dia)
maksudnya bangunannya roboh berikut orang-orang yang membangunnya (ke dalam
neraka Jahanam?) ungkapan ayat ini merupakan tamsil/perumpamaan yang paling
baik, iaitu menggambarkan pembangunan masjid yang berdasarkan bukan kepada
takwa, kemudian akibat-akibat yang akan dialaminya. Kata tanya pada permulaan ayat
ini mengandung makna taqrir, ertinya masjid pertamalah yang baik seperti halnya
masjid Quba. Sedangkan gambaran yang kedua adalah perumpamaan masjid dhirar.
(Dan Allah tidak memberikan petunjuk kepada orang-orang yang zalim)."
(Quran, surah At-Taubah: 109)
Tuan/puan yang dirahmati, jika
ditanya, adakah sama orang duduk dengan orang yang berdiri, ataukah sama orang
cerdik dengan orang dungu?
Adakah sama mereka yang
bertaubat dengan mereka yang tidak mahu bertaubat, ataukah sama mereka yang
berazam mencari hidayah dengan mereka yang tidak mahu mencari hidayah?
Kita telah membaca penulisan
dan percakapan yang ditulis oleh 'orang-orang
yang ingkar kepada Allah s.w.t. dan merentangi manhaj Allah s.w.t.' sama
ada berbentuk puisi mahupun prosa atau sama ada berbentuk sorih mahupun
kinayah.
Kita juga memahami bahawa
ucapan orang-orang yang menyimpang dari manhaj Allah s.w.t. di muka bumi dan
kekurangajaran mereka, menunjukkan sikap bermusuhan yang terbuka terhadap
prinsip-prinsip kebenaran hakiki dan ajaran-ajaran Rabbani. Melalui pembacaan
itu, kita dapat simpulkan bahawa mereka tidak malu untuk menciplak apa yang
mereka katakan, tulis dan ungkapkan.
Berbeza dengan pejuang-pejuang
mujahidin yang berada dilandasan benar, dirahmati dan tidak takut dengan celaan
orang-orang mencela.
Orang-orang yang
tidak punya prinsip dan tidak berpegang pada ajaran suatu risalah, TAUHID, maka,
sesungguhnya telah berubah menjadi binatang melata dalam bentuk manusia, dan
berubah menjadi haiwan dalam wujud manusia.
Allah s.w.t. berfirman:
"(Atau apakah kamu mengira bahwa kebanyakan mereka itu mendengar)
dengan pendengaran yang dibaringi dengan pengertian (atau memahami) apa yang
kamu katakan kepada mereka. (Tiada lain) (mereka itu hanyalah seperti binatang
ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi jalannya) daripada binatang ternak itu,
kerana binatang ternak mahu menurut dan patuh kepada penggembalanya, sedangkan
mereka tidak mahu mentaati Pemeliharanya, iaitu Allah, yang telah memberikan
kenikmatan kepada mereka." (Quran, surah Al-Furqan: 44)
"Ya Allah rahmati kami."
No comments:
Post a Comment