Firman Allah s.w.t.:
"Dan sesiapa yang
mencari ugama selain ugama Islam, maka tidak akan diterima daripadanya, dan ia
pada hari akhirat kelak dari orang-orang yang rugi." (Quran, surah Ali
Imran: 85)
Manusia yang tidak memahami Islam terasa sempit dunia
baginya, menderita diri kerana belum mendapat petunjuk untuk sampai kepadanya.
Islam perlu diserukan dan disiarkan oleh kita termasuklah oleh orang-orang yang
mendukungnya.
Islam perlu diiklankan secara besar-besaran kerana Islam
adalah sebuah khabar gembira yang agung. Seruan kepadanya hendaklah dilakukan
dengan cara terbaik, penuh etika, bertanghungjawab kerana kebahagian tidak akan
ditemui kecuali dalam agama yang benar dan kekal ini.
Seorang pendakwah muslim yang sangat terkenal tinggal di
bandar Munich, Jerman.
Di pintu masuk bandar itu terdapat sebuah papan iklan besar
yang memuatkan kalimah dalam bahasa Jerman yang bererti:
"ANDA BELUM
MENGETAHUI INDAHNYA YOKAHAMA."
Pendakwah tadi meletakkan sebuah papan iklan yang besar di
samping papan iklan tadi.
Di dalamnya tertulis:
"ANDA BELUM
MENGETAHUI ISLAM,
JIKA ANDA INGIN MENGETAHUINYA,
MAKA
HUBUNGILAH KAMI DI NOMBOR TELEFON INI."
Maka berderinglah telefon dari pelbagai wilayah dan daerah
yang terdapat di Jerman. Hingga selama setahun terdapat kira-kira seratus ribu
orang Jerman lelaki dan wanita yang masuk Islam melalui pendakwah itu melalui
pendekatan tersebut.
Kemudian dia mendirikan sebuah masjid, Islamic Centre dan
Lembaga Pendidikan.
Jika kita pernah membaca sejarah hidup dan biografi para
tokoh akan dapat manfaat daripada maklumat mereka, antaranya:
1. Nilai manusia adalah ditentukan dari perbuatan baik yang
dia lakukan. Ali bin Abi Talib r.a. mengungkapkan yang bermaksud bahawa
ketinggian nilai diri seseorang terletak pada ilmu pengetahuannya, adab
kesopanannya, ibadahnya, ketakwaannya, akhlaknya dan bukan pada wajahnya, gaya
dan kedudukannya.
2. Manusia dinilai sesuai dengan semangat, kepedulian, usaha
keras, pengorbanan untuk mencapai kedudukannya; dan dia tidak pernah diberi
satu kemuliaan secara percuma.
3. Manusialah secara individu yang akan mengukir sejarahnya,
masa akan datang dengan izin Allah s.w.t.. Dialah yang akan menulis perjalanan
hidupnya dengan perbuatan-perbuatannya yang baik atau buruk.
4. Umur kita sangat pendek, amat cepat dan segera berakhir
dan berlalu dengan sangat pantas. Maka dari itu, jangan sekali-kali umur itu
dipersingkatkan dengan dosa-dosa, mendajal, mereka-reka cerita dongeng,
kesedihan, kegundahan dan kegelisahan.
Rebutlah kurniaan Allah s.w.t. seluas langit dan bumi.
Taubatlah ya.
No comments:
Post a Comment