APA ITU TARIM?
Tarim itu nama sebuah tempat di Hadramaut, Yaman. Kota
sejuta para wali. Medan ilmu tempat lahirnya ulama-ulama hebat berketurunan
Rasulullah s.a.w..
Di sana semua wanita yang sudah baligh pasti memakai 'cadar
di muka' iaitu niqab atau burqa.
Sangat sukar untuk bertemu dengan wanita di sana. Sangat berbeza dengan wanita
di Malaysia asyik berswafoto sahaja.
Di pasar-pasar Tarim pun khusus buat lelaki sahaja untuk
membeli keperluan dapur. Pasarnya sangat menarik. Lain daripada yang lain. Di sana,
sambil menunggu pelanggan, mereka mengkhatamkan Al-Quran beberapa kali. Jika
tiada pelanggan mereka mempelajari kitab sesama mereka sambil menyampaikan ilmu
di pasar. Mereka juga selalu mendendangkan selawat dan qasidah.
Seorang ulama Tarim berkata:
"Di pasar Tarim, aku dapati ada lebih 200
orang Wali Allah (Kekasih Allahs.w.t.)."
Jika di pasar tempat yang sebegitu sudah ada lebih 200 orang
wali apatah lagi jika yang berada di masjid-masjid?
Ketahuilah hanya Wali Allah sahaja dapat mengetahui siapa
wali-waliNya.
Di pasar, apabila mendengar azan, mereka terus menutup
kedai dan berlari ke masjid. Jika mereka tidak sempat untuk menutup kedai
apabila azan selesai dikumandangkan, mereka akan biarkan dan terus ke masjid
tanpa menghiraukannya.
Apabila ditanya:
"Kenapa?"
Mereka mengatakan:
"Adakah dunia
lebih penting daripada Allah s.w.t.?"
Tiada perempuan di pasar Tarim. Mereka terpelihara suci
di rumah mereka atau di madrasahnya.
Lelaki pula kebanyakannya duduk di masjid-masjid. Sungguh
banyak masjid di Tarim. Selang beberapa kilometer sudah ada masjid. Masjid
mereka penuh dengan jemaah bahkan bilangan jemaah yang bertahajud di tengah
malam adalah seperti bilangan jemaah solat Jumaat.
Siapa yang datang ke Tarim pasti dan pasti tidak mahu
pulang ke tanah air. Tarim Kota Akhirat, yang mengingatkan kita kepada akhirat.
Di Tarim kamu harus menjaga hati, kenapa?
Pernah suatu ketika seorang sahabat saya melihat seorang
pakcik tua sedang membersihkan haiwannya di pagi hari.
Lalu hatinya terdetik:
"Tak pergi ke
masjid ke pakcik ni, kan dah nak Subuh."
Apabila kami lalu di hadapannya tiba-tiba dia menegur
sahabat saya:
"Jaga hati kamu."
Sahabat saya menangis dalam hatinya dan beristighfar
kerana pakcik tua itu mengetahui apa yang dikatakan dalam hatinya.
Kebanyakan penduduk di Tarim mengetahui isi hati,
perbuatan dan segalanya tentang kita. Kerana kebanyakan mereka ialah Wali
Allah. Namanya pun Kota Sejuta Wali.
Banyak lagi kisah yang menarik di sana. Semoga suatu hari
nanti kita dapat menjejakkan kaki di sana.
Amin Allahumma Amin.
~dR SaM
No comments:
Post a Comment