Inflasi
dalam ekonomi bermaksud suatu kenaikan harga-harga secara umum barangan dan
perkhidmatan yang berterusan dalam sesebuah ekonomi dari semasa ke semasa.
Kenaikan
itu pula meluas mengakibatkan kenaikan harga barangan yang lain termasuklah,
antaranya; bahan makanan, minuman, kesihatan, pendidikan, perumahan, tenaga,
pengangkutan, komunikasi dan tembakau.
Ia
merupakan suatu masalah yang mendapat perhatian para pemikir ekonomi termasuk
oleh para suri rumah dan masyarakat awam dimana meningkatnya harga umum maka
nilai mata wang menyusut menyebabkan kuasa beli wang melemah kerana bekaian
barangan dan perkhidmatan mengurang daripada sebelumnya.
Terdapat
tiga suasana inflasi:
1)
Hiperinflasi - kadar inflasi yang
tinggi disebabkan oleh pertumbuhan tinggi bekalan wang, keaktifan setiap unit
wang amat pantas di dalam pasaran.
2)
Mediuminflasi - kadar inflasi
sederhana bersifat pelbagai.
3)
Lowinflasi - kadar inflasi rendah
disumbang oleh turun naik permintaan sebenar barangan dan perkhidmatan, atau
perubahan dalam bekalan seperti semasa kekurangan, dan juga pertumbuhan dalam
bekalan wang.
Dipersetujui
oleh ahli ekonomi bahawa inflasi yang berterusan disebabkan kadar pertumbuhan
bekalan wang lebih pantas daripada pertumbuhan produktiviti dalam suatu
ekonomi.
Walau
bagaimanapun seandainya harga-harga sebahagian barangan dikawal dan diatur oleh
pihak pemerintah, maka harga-harga yang dicatatkan oleh bahagian perangkaan
boleh turun naik sebab ia tidak menunjukkan kenaikan kerana direkodkan dalam
harga-harga rasmi pemerinatah.
Namun
realitinya adalah suatu kecenderungan bagi harga-harga yang terus menaik tetapi
tidak diperlihatkan walaupun inflasi itu bersifat maujud menaik. Keadaan ini
disebut inflasi yang ditutup sebagaimana tertutupnya MH370 daripada pengawasan
radar kerana pada ketika itu suasana di Amerika matahari sedang tegak di atas
kepala sedangkan di bumi bertuah, Malaysia, penghuninya sebahagiannya telah nyenyak
tidur.
Pada
suatu ketika, harga-harga rasmi semakin tidak relevan dalam kenyataan kerana
umumnya ia diukur dengan perubahan harga kelompok barang dan indeks harga
pengguna.
Maka
tidak menghairankan jika berlaku spekulasi dan realiti tentang pembekuan
beribu-ribu akaun bank kepada mereka yang tidak sealiran dengan pemerintah Arab
Saudi.
Dengan
pembekuan itu dapatlah mengecilkan saiz inflasi dan merungkai masalah dengan
IMF.
Melalui
projek-projek mega akan mengekang pengaliran wang keluar dengan jumlah ribuan
bilion dan ia pula dicatu dalam plot yang tidak sukar difahami antara paksi x
dan paksi y.
Libya
adalah bukti ratusan bilion Dollarnya dibekukan, disorok dan dicuri oleh
musuhnya, kerana nilainya boleh mengukuhkan pasak-pasak pemerintahan sebab itu
negaranya dimusuhi. Ketika ini ia pula dalam suasana berperang. Maka,
berlakulah hiperinflasi di sana.
Tahun
lalu, Amerika melobi merentas Lautan Pasifik menziarahi negara-negara barisan
hadapan untuk membisik-bisikan tentang inflasi yang turun naik.
Mari
kita lihat pendekatan yang diambil olehnya bagi meningkatkan kuasa beli bagi
mengekang harga-harga secara umum barangan dan perkhidmatan, walaupun hutangnya
bertingkat-tingkat sehingga letih menghitungnya.
Di
samping itu siap siaga wajib dipertingkatkan kerana golongan dajal
mengintip-ngintip kehidupan kita, atau jadilah seorang pendakwah bagi
memudahkan kita menggamit mereka kepada Islam dan iman, dan bukan duduk dibawah
ketiak busuk mereka.
No comments:
Post a Comment