Sesungguhnya ubat yang amat mujarab dari seluruh musibah
dan cubaan adalah ucapan:
Seorang ibu dari suku Nakha'i mendapat berita bahawa
keempat-empat puteranya gugur di jalan Allah s.w.t. dalam perang di
Al-Qadisiyyah. Pada saat itu, yang sering dilakukannya adalah memuji Allah
s.w.t.. Ia pula mengucapkan syukur kepada Allah s.w.t. atas baiknya rangkaian
takdir yang diciptakan oleh Allah s.w.t. kepadaNya; atas pilihanNya yang
terbaik, dan qada yang paling tepat.
Perkara itu boleh terjadi kerana ada dorongan keimanan
dari dalam dirinya, kekuatan keyakinan yang tidak pernah surut dan susut.
Orang-orang sepertinya akan diberi pahala dan akan hidup bahagia di dunia dan
akhirat.
Jika dia tidak melakukan sedemikian, maka apa yang harus
ia lakukan? Apakah ia akan memilih hidup dengan kebencian, kegelisahan serta
berpaling dari qada Allah s.w.t., yang semua itu dapat membawa kerugian baginya
di dunia dan akhirat?
Maka, kita tidak mampu mengelak dari sesuatu yang telah
ditakdirkan. Yang mampu kita lakukan hanyalah beriman dan berserah diri. Oleh
itu, persiapkanlah diri menghadapinya.
Allah s.w.t. berfirman:
وَلَـنَبْلُوَنَّكُمْ
بِشَيْءٍ مِّنَ الْخَـوْفِ وَالْجُـوْعِ
وَنَقْصٍ مِّنَ الْاَمْوَالِ
وَالْاَنْفُسِ
وَالثَّمَرٰتِ ۗ وَبَشِّرِ
الصّٰبِرِيْنَ
الَّذِيْنَ
اِذَآ اَصَابَتْهُمْ مُّصِيْبَةٌ ۙ قَالُوْٓا
اِنَّا لِلّٰهِ وَاِنَّـآ اِلَيْهِ
رٰجِعُوْنَ
“Demi sesungguhnya!
Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan
merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan
jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang
sabar:
(Iaitu) orang-orang
yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata:
"Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami
kembali." (Quran, surah Al-Baqarah: 155-156)
Dalam sebuah hadith disebutkan, barangsiapa yang
istirja`/mengucapkan 'innaa lillaahi wa innaa ilaihi raaji`uun' ketika mendapat
musibah, maka ia diberi pahala oleh Allah s.w.t. dan diiringiNya dengan
kebaikan.
Juga diberitakan bahawa pada suatu ketika lampu Baginda Nabi s.a.w. padam, maka beliau s.a.w. pun mengucapkan istirja`, lalu kata Aisyah r.a, bukankah ini hanya sebuah lampu! Jawab Baginda Nabi s.a.w., setiap yang mengecewakan (hati) orang mukmin itu bererti musibah. Diriwayatkan oleh Abu Daud dalam kumpulan hadith-hadith mursalnya."
Juga diberitakan bahawa pada suatu ketika lampu Baginda Nabi s.a.w. padam, maka beliau s.a.w. pun mengucapkan istirja`, lalu kata Aisyah r.a, bukankah ini hanya sebuah lampu! Jawab Baginda Nabi s.a.w., setiap yang mengecewakan (hati) orang mukmin itu bererti musibah. Diriwayatkan oleh Abu Daud dalam kumpulan hadith-hadith mursalnya."
No comments:
Post a Comment