Senario pertama:
Jika sekiranya
engkau katakan kepadaku:
"Anjaklah bara
api itu?"
Nescaya kujawab:
"Baiklah, demi
menyenangkan hatimu kuanggap bara api itu sebagai emas."
Senario kedua:
"Berilah
arahan kepadaku menyita pengintip-pengintip komplot kedajalan?"
Pasti kujawab:
"Apa upah
untuk ganjaran yang bakal aku lakukan?"
Senario ketiga:
"Dan
sesungguhnya kalau Kami wajibkan kepada mereka (dengan perintah):
"Bunuhlah diri kamu sendiri, atau keluarlah dari tempat kediaman
kamu", nescaya mereka tidak akan melakukannya, kecuali sedikit di antara
mereka. Dan sesungguhnya kalau mereka amalkan nasihat pengajaran (meliputi
suruh dan tegah) yang telah diberikan kepada mereka, tentulah yang demikian itu
lebih baik bagi mereka dan lebih meneguhkan (iman mereka)." (Quran, surah An-Nisaa': 66)
Dan janganlah kita
menjadi seperti orang-orang (kafir dan munafik) yang berkata:
"Kami dengar,
padahal mereka tidak mendengar
(tidak mahu menerima dan mematuhinya)."
Suatu keadilan
adalah apabila Allah s.w.t. membersihkan hamba-hambaNya dari dosa-dosa dan
menimpakan cubaan kepada mereka dengan kesulitan sebagaimana Dia menguji mereka
dengan kelapangan.
Demikian juga Allah
s.w.t. mempersilih-gantikan pelbagai keadaan terhadap mereka sebagaimana Dia
mempersilih-gantikan siang dan malam.
Jika begitulah
kenyataannya, mengapa tidak menerima dan/atau membangkang.
Firman Allah
s.w.t.:
"Dan apakah
yang menghalang kamu (maka kamu) tidak mahu berperang pada jalan Allah (untuk
menegakkan agama Islam) dan (untuk menyelamatkan) orang-orang yang tertindas
dari kaum lelaki, perempuan dan kanak-kanak, iaitu mereka yang selalu (berdoa
dengan) berkata: "Wahai Tuhan kami! Keluarkanlah kami dari negeri (Mekah)
ini, yang penduduknya (kaum kafir musyrik) yang zalim, dan jadikanlah bagi kami
dari pihakMu seorang pemimpin yang mengawal (keselamatan agama kami), dan jadikanlah
bagi kami dari pihakMu seorang pemimpin yang membela kami (dari ancama
musuh)."
Orang-orang yang
beriman, berperang pada jalan Allah; dan orang-orang yang kafir pula berperang
pada jalan Taghut (Syaitan). Oleh sebab itu, perangilah kamu akan pengikut-pengikut Syaitan itu, kerana sesungguhnya tipu daya Syaitan itu adalah lemah.” (Quran, surah
An-Nisaa': 75-76)
Bantulah kaum
Rohingya dengan harta benda, tenaga dan masa sebagaimana kita menyediakan
ternakan-ternakan untuk korban dengan harta benda, tenaga dan masa kita ketika
ini.
No comments:
Post a Comment