Sesungguhnya
kejayaan sesuatu buah fikiran adalah apabila mempunyai keyakinan yang kuat
kepadanya. Bersikap
ikhlas dalam menyelusuri jalannya. Bertambah
semangat untuknya serta bersedia untuk berkorban dan beramal bagi mencapainya. Untuk
mencapai hasrat tersebut memerlukan empat rukun yang merupakan karakter utama
seorang pemuda, iaitu:
Iman,
Ikhlas
Semangat
Amal.
Sesungguhnya,
Asas kepada keimanan adalah jiwa yang suci.
Asas kepada keikhlasan adalah nurani yang
bersih
Asas kepada semangat adalah perasaan yang
bergelora.
Asas
kepada amalan adalah keazaman yang kuat.
Kesemuanya
ini tidak terdapat melainkan pada diri seorang pemuda.
Oleh
sebab itulah, peranan pemuda sejak zaman dahulu hinggalah sekarang kepada umat merupakan
tunjang kebangkitannya dan pada setiap kebangkitan, merupakan rahsia
kekuatannya dan pada setiap buah fikiran, merupakan sebagai pembawa panjinya.
Sebagaimana
firman Allah s.w.t. dalam surah al-Kahfi ayat 13:
“Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad)
perihal mereka dengan benar; sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang
beriman kepada Tuhan mereka, dan kami tambahi mereka dengan hidayah petunjuk.”
Wahai
para pemuda!
Janganlah
kamu berputus asa. Kerana
ia bukan akhlak orang muslim. Realiti hari ini, adalah cita-cita semalam. Manakala cita-cita
hari ini, adalah realiti-realiti pada hari esok. Waktu
masih lagi panjang. Unsur-unsur
kepercayaan yang baik masih lagi kuat dan besar di dalam hati orang mukmin
walaupun diktator telah menyebabkan berlakunya kerosakan. Golongan
lemah, tidak akan selama-lamanya lemah sepanjang hidupnya. Golongan
kuat pula, kekuatannya tidaklah kekal selama-lamanya.
Allah
s.w.t. memberitahu kita:
“Dan Kami hendak berihsan dengan memberikan
pertolongan kepada kaum yang tertindas di negeri itu, dan hendak menjadikan
mereka pemimpin-pemimpin, serta hendak menjadikan mereka orang-orang yang
mewarisi (apa yang dimiliki oleh Firaun dan kaumnya).” (Quran, surah
al-Qasas: 5)
Sesungguhnya
masa-masa berlalu menunjukkan banyak kejadian-kejadian besar berlaku. Sesungguhnya
peluang untuk melaksanakan kerja-kerja yang mulia akan dibenarkan dan akan
berlaku. Sesungguhnya
seluruh alam ini menunggu seruan dakwahmu.
Wahai
para pemuda!
Dakwah
ke arah hidayah, kejayaan dan keselamatan untuk membebaskan mereka daripada
penderitaan. Sesungguhnya
peranan kamu ialah mengetuai umat dan membimbing masyarakat. Dan
masa (kejayaan dan kehancuran) itu Kami pergilirkan di antara manusia (agar
mereka mendapat pelajaran). Sedang kamu mengharap daripada Allah apa yang tidak
mereka harapkan.
Firman
allah s.w.t.:
“Jika kamu (dalam peperangan Uhud) mendapat
luka (tercedera), maka sesungguhnya kaum (musyrik yang mencerobohi kamu) itu
telah (tercedera juga dan) mendaapat luka yang sama (dalam peperangan Badar).
Dan demikian itulah keadaan hari-hari (dunia ini dengan peristiwa-peristiwa
kemenangan atau kekalahan), kami gilirkan dia antara sesama manusia, (supaya
menjadi pengajaran) dan supaya nyata apa yang diketahui Allah tentang
orang-orang yang tetap beriman (dan yang sebaliknya), dan juga supaya Allah
menjadikan sebahagian di antara kamu orang-orang yang mati Syahid. Dan
(ingatlah), Allah tidak suka kepada orang-orang yang zalim.” (Quran, surah
Ali Imran: 140)
Bersedialah,
Wahai
para pemuda!
Beramallah
pada hari ini kerana kamu akan merasa lemah untuk melakukannya esok.
Hassan
Al-Banna
No comments:
Post a Comment