Saturday, 11 November 2017

PROAKTIF, NYAHKAN SIKAP DUNGU



Jika kita tahu bahawa di langit terdapat Allah s.w.t., Tuhan Yang Maha Perkasa dan Penguasa Yang Maha Bijaksana tentulah keyakinan kita bertambah melangit.

Allah s.w.t. membuat perbandingan antara dua wanita yang berbeza kerjaya dan karakter.

Dia memasukkan seorang wanita ke syurga hanya kerana anjing dan Dia juga memasukkan seorang wanita ke neraka kerana kucing.

Semua itu berlaku kerana benarnya janji Allah s.w.t..

Disebutkan bahawa ada seorang wanita pelacur dari Bani Israil yang memberi minun seekor anjing yang kehausan. Kesan perbuatan ikhlasnya, Allah s.w.t. mengampuni dosa-dosanya dan memasukkannya ke dalam syurga.

Manakala seorang wanita lain mengurung seekor kucing di dalam sebuah sangkar. Kucing itu tidak diberinya makan dan minun. Ia pula mengekang pergerakan kucing itu dari mencari makanan sendiri. Akibat perbuatannya itu, Allah s.w.t. memasukkannya ke dalam neraka.

Contoh perbandingan tersebut kiranya bermanfaat bagi kita. Allah s.w.t. pasti akan membalas setiap perbutan baik kita walaupun seremeh dan sekecil apa pun.

Mengambil semangat tersebut, wajarlah;


#Bantulah orang yang sedang kesulitan.

#Hormati dan sopanlah dengan ulama.

#Tolonglah orang yang dianiaya.

#Berilah makan orang kelaparan.

#Berilah minum orang kehausan.

#Jenguklah orang yang sakit

#Hantarkanlah jenazah.

#Layanlah orang tertimpa musibah.

#Tuntunlah orang yang buta/OKU.

#Berilah petunjuk orang bingung.

#Muliakanlah tetamu.

#Berbuatlah Baik dengan jiran.

#Hormati orang lebih tua.

#Sayangi orang lebih muda.

#Bahagikan makan kita dengan orang lain.

#Infakkanlah wang kita.

#Berbicaralah dengan kata-kata baik.

#Kekanglah diri dari melakukan maksiat.


Maka, kita boleh menyenaraikan dan menambah lagi sifat-sifat mengarah ke syurga dan mengelak ke neraka.

Yakinlah sesungguhnya janji Allah s.w.t. adalah benar.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Your Blog Title

First post's title

Second post's title

Sidebar Gadget title