Friday, 10 November 2017

BERSIAP SIAGA HADAPI KUFAR



Jihad adalah cara yang paling tepat untuk melenyapkan derita hati, kesedihan dan kesusahan. Ia akan menzahirkan kegirangan dan keceriaan seperti para pejuang mujahiddin walau dikeroyok oleh komplot kedajalan mereka tetap teguh dilandasan kebenaran.

Selain jihad, hanya kepada Allah s.w.t. kita memohon pertolongan.

Maka benarlah kata-kata berikut:


"Ku pejamkan kedua mataku terhadap semua noda,
Dan ku kenakan kesabaranku bagaikan kain putih yang bersih.
Ku berdoa kepada Allah s.w.t. saat kesempitan menghimpitku.
Seketika,
Lenyaplah kesempitan itu.
Betapa banyak pemuda yang menemui kebuntuan dan musibahnya,
Begitu berdoa kepada Allah s.w.t. lenyaplah musibahnya."


Pengaruh jihad dalam memerangi keresahan dan gundah-gulana adalah suatu yang dapat dirasakan. Ketika jiwa menolak memerangi kebatilan, membiarkan diri dicengkam olehnya, maka keresahan, penderitaan, ketakutan yang dirasakan semakin menguat dan memberontak.


--------------------------------------

"Berjihadlah kalian di jalan Allah,
kerana sesungguhnya jihad itu
adalah salah satu 
di antara pintu-pintu syurga,
yang dengannya
Allah akan menghapuskan 
kesedihan dan kesusahan."

--------------------


Akan tetapi, tatkala ia hendak berjihad melawan kebatilan kerana Allah s..w.t., nescaya Allah s.w.t. akan menggantikan kesusahan, keresahan, kesedihan itu dengan kegembiraan, semangat, kekuatan dan keberanian sebagaimana disebutkan oleh Allah s.w.t. melalui firmanNya:




“Mengapa kamu tidak memerangi suatu kaum yang telah mencabuli sumpah janjinya, dan mereka pula telah berazam hendak mengusir Rasulullah, dan merekalah juga yang mula-mula memerangi kamu? Tidak patut kamu takut kepada mereka (sehingga kamu tidak mahu memeranginya) kerana Allah jualah yang berhak kamu takuti (melanggar perintahNya), jika betul kamu orang-orang yang beriman?


Perangilah mereka, nescaya Allah akan menyeksa mereka dengan (perantaraan) tangan kamu, dan Allah akan menghinakan mereka serta menolong kamu menewaskan mereka, dan Ia akan memuaskan hati orang-orang yang beriman.

Dan Ia juga akan menghapuskan kemarahan hati orang-orang yang beriman itu, dan Allah akan menerima taubat orang-orang yang dikehendakiNya; dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.” (Quran, surah At-Taubah: 14-15)


Sahabat, Ubadah bin Ash-Shamit r.a. meriwayatkan bahawa Baginda Nabi s.a.w. bersabda:


"Berjihadlah kalian di jalan Allah, kerana sesungguhnya jihad itu adalah salah satu di antara pintu-pintu syurga, yang dengannya Allah akan menghapuskan kesedihan dan kesusahan."


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Your Blog Title

First post's title

Second post's title

Sidebar Gadget title