Kesinambungan
program MY#QuranHour
Firman Allah s.w.t.:
“Sesungguhnya Kamilah yang berkuasa
mengumpulkan Al-Quran itu (dalam dadamu), dan menetapkan bacaannya (pada
lidahmu);
Oleh itu, apabila Kami telah menyempurnakan
bacaannya (kepadamu, dengan perantaraan Jibril), maka bacalah menurut bacaannya
itu;”
(Quran, surah Al-Qiaamah:17-18)
Membaca Al-Quran, mendalami kandungannya,
merenung kandungan ayat-ayatnya dan mentadabburnya merupakan perkara yang dapat
melahirkan jiwa yang merdeka, bahagia dan lapang dadanya.
Allah s.w.t. menjadikan kitabNya itu
sebagai; petunjuk, pelajaran, cahaya, rahmat, barakah, perintah, penawar
penyakit atas semua yang ada dalam akal dan hati.
Rasulullah s.a.w. sangat gemar mendengar
bacaan Al-Quran dari orang lain kerana ia lebih menyentuh hati. Baginda
Rasulullah s.a.w. juga selalu meminta para Sahabat r.hum. membacakan untuknya
padahal Al-Quran telah diturunkan kepada Baginda s.a.w.
Dengan mendengar alunan Al-Quran, Beliau
s.a.w. merasa tenteram, khusyuk dan tenang sebagaimana kita mendengar bacaan
qari yang kita gemari diperdengarkan melalui radio atau rakaman audio. Terasa
kehebatannya.
Di samping itu sayugia juga kita mentalaah
hadith-hadith dan buku-buku tafsir untuk memperkukuhkan lagi pengetahuan
tentang ayat-ayat Al-Quran sebagai penjelasan.
Antara buku-buku tafsir itu, adalah;
Tafsir Ath-Thabari
Tafsir Ibnu Katsir
Tafsir Al-Baghawi
Tafsir Al-Zamakhsyari
Tafsir Al-Qurthubi
Tafsir Zhulalul Quran
Tafsir Asy-Syanqathi
Tafsir Ar-Razi
Tafsir Fathul Qadir
Tafsir Khazin
Tafsir Abu Masud
Tafsir Al-Qasimi
Melalui rujukan itu, dapatlah kita beroleh
manfaat dengan mendapat nilai tambah dengan senang, tenang, tidak mencelarukan
diri dengan membaca banyak rujukan dari berbagai sumber yang akibatnya
mencelarukan fikiran dan meletihkan hati.
Marilah kita menghindarkan diri dari
tergesa-gesa dan kejemuan untuk kelangsungan kegiatan aktiviti kita.
Sekalipun input yang didapati dari
sistematik ini tidak begitu banyak, tetapi kelangsungan dengan hasil yang
sedikit merupakan pokok yang agung dari ajaran Islam.
Baginda Nabi s.a.w. sendiri pernah
menegaskan bahawa amal atau amalan yang paling disukai olehnya adalah yang dilakukan
dengan berterusan walaupun sedikit.
Teruskan
amalan program MY#QuranHour
Jika perlu buatlah tempahan Wakaf Al-Quran
melalui Yayasan Restu yang kini sedang melebarkan aktivitinya untuk dihadiahkan
kepada peserta dan orang ramai.
No comments:
Post a Comment