‘Pohon
yang tumbuh di taman, tidak sama dengan pohonan liar. Bagaimana hendak diharap
kanak-kanak dalam kesempurnaan, sekiranya menyusu dari wanita yang hidup liar.'
‘Ibu
itu sebagai sekolah, jika dilengkapkan dengan segala persediaan, tentu akan
terjamin penyediaan yang baik bagi generasi akan datang.'
‘Seorang
anak yatim bukanlah yang telah mati kedua-dua ibu bapanya. Meninggalkannya
hina, tetapi sesungguhnya, anak yatim itu ialah anak yang mempunyai ibu yang
telah melepaskan diri dari tanggungjawabnya atau bapa yang sibuk.'
‘Mempelajari
ilmu pada waktu kecil adalah seperti mengukir di atas Batu.'
Maka benarlah nasihat berikut:
#Aku dapati diriku melupai apa yang
dipelajari masa tua.
#Apa yang kupelajari semasa kecil tidak dapat aku lupa.
#Ilmu itu ialah apa yang
dipelajari ketika muda.
#Bila dewasa akan dihiasi
dengan sabar dan tolak ansur.
#Ingatan kalau diasah pada
waktu kecil dengan ilmu ianya umpama ukiran di atas Batu.
#Berusaha mendapat ilmu setelah
tua adalah sia-sia, kerana hati, pendengaran dan penglihatan telah kabur.
Anak-anak hendaklah mengetahui bahawa kita
tidak berbangga dengan sejarah menentang pengganasan dan terrorisme yang
dilaungdendangkan oleh golongan kufur dan bukan juga sejarah Abu Jahal, Abu
Lahab dan Ubai bin Khalaf, TETAPI kita berbangga dengan peperangan
pejuang-pejuang mujahidin yang menggerunkan musuh mereka dan lagi membanggakan
sejarah Nabi s.a.w., Abu Bakar, Umar Al-Khattab, Osman bin Affan dan Ali bin
Abi Talib.
Kita juga tidak berbangga dengan peperangan
pakatan dajal di Palestin, Afghanistan, Iraq, Syria dan Libya, demikian juga
pada zaman jahiliyah, TETAPI kita berbangga dengan peperangan Badar, Qadisiah,
Yarmuk.
Kita memerintah dunia ini bukan dengan
syair-syair, dengan kisah-kisah dongeng, dengan silap mata atau berpakat dengan
pakatan kekufuran, TETAPI kita perintah dengan al-Quran. Kita bawa risalah
Islam dan prinsip-prinsip al-Quran.
Kesedaran pemikiran kita dengan mengajar
anak-anak tiga perkara:
1. Kasihkan Nabi s.a.w.
2. Kasihkan keluarga Nabi s.a.w.
3. Mengajar membaca al-Quran.
Ulama-ulama silam sangat mengambil berat
kesedaran ini sehingga mereka mewajibkan akan-anak:
1. Belajar al-Quran
2. Mengajar tentang peperangan yang disertai
oleh Rasulullah s.a.w.
Saad Ibnu Waqqas r.a. berkata:
"Kami
mengajar anak-anak kami mengenai peperangan yang dilalui oleh Rasulullah s.a.w.
dan juga kami mengajar mereka al-Quran."
No comments:
Post a Comment