Monday 23 October 2017

BERSALAWATLAH, IANYA UNTUK DIRI DAN AKHIRAT



Aku mahu mengingatkan kamu semua dengan satu kisah. Kisah seorang lelaki yang diuji dengan hutang. Hutangnya banyak dan dia tidak mampu untuk melunaskan hutangnya. Ramai orang menunjukkan permusuhan kepadanya, iaitu pemiutang-pemiutangnya. Mereka menunjukkan permusuhan ke atasnya dan menuntut hutang daripadanya. Maka dia pergi kepada salah seorang peniaga dan ingin berhutang sebanyak 500 dinar.

Kisah ini telah lama berlaku (teladan sepanjang hayat). Dia dibebankan dengan hutang. Maka peniaga itu berkata kepadanya:


“Bila engkau nak bayar hutang ini?”


Dia berkata pada waktu sekian.

Dia ambit duit itu dan membayarnya kepada pemiutang-pemiutang yang lain.
Tidak berbaki wang itu sedikitpun kepadanya. Keadaannya semakin teruk dan mereka (lelaki dan peniaga itu) bertemu semula tatkala tiba masanya (yang ditetapkan) untuk melunaskan hutang. Dia pula tidak memiliki wang untuk melunaskan hutang.

Maka peniaga datang kepada lelaki itu dan berkata kepadanya:


“Sudah tiba masanya untuk melunaskan hutang.”


“Demi Allah! Aku tidak memiliki duit langsung.”


Maka peniaga itu mengemukakan aduannya kepada Hakim. Dia di bawa menghadap Hakim.

Hakim berkata kepadanya:


“Kenapa engkau tidak melunaskan hutang?”


“Demi Allah! Aku tidak memiliki duit langsung.”


Maka Hakim mengarahkan agar ditangkap dan dipenjarakan sehingga dia membayar hutang.

Lelaki itu berkata:


“Wahai Hakim, berilah aku tempoh sehingga hari esok, sehingga aku pergi kepada ahli keluargaku dan memberitahu, dan mengucapkan selamat tinggal kepada mereka. Kemudiaan aku akan balik berjumpa denganmu.”


Hakim berkata:


“Apakah jaminan yang engkau akan datang esok, sedangkan aku telah mensabitkan hukuman penjara kepadamu?”


Maka ia terdiam sejenak.

Selepas itu, ia berkata:


“Jaminanku adalah Rasulullah s.a.w.. Baginda Nabi s.a.w. adalah jaminanku. Jika aku tidak datang, bersaksilah ke atasku wahai Hakim bahawa aku bukan daripada umat Muhammad s.a.w.”


Maka Hakim terharu dengan pengakuannya itu dan mengetahui ‘nilai’ daripada jaminan/ikrarnya itu.

Maka hakim memberinya tempoh sehingga esok hari.

Maka lelaki itu (dilepaskan dengan jaminan Hakim (atas nama Rasulullah s.a.w.)) beredar terus menemui isterinya.

Dia pun berkata kepada isterinya:


“Hakim telah menjatuhkan hukum agar aku dipenjarakan.”


Isterinya berkata:


“Bagaimana dia (Hakim) boleh melepaskanmu?”


Dia menjawab:


“Aku dibebaskan dengan jaminan Rasulullah s.a.w..”


Isterinya berkata:


“Allahlah yang memberi ilham kepadanya. Kalaulah Rasulullah s.a.w.  adalah jaminanmu. Maka marilah kita bersama-sama bersalawat ke junjungan Rasulullah s.a.w.”


Maka mereka berdua bersalawat kepada baginda Rasulullah s.a.w.

Lihat! Bagaimana kesusahan dihidang kepada lelaki itu (dan keluarganya). Kesusahan melepaskannya.

Mereka bersalawat kepada Rasulullah s.a.w. sehingga tertidur keduannya.
Kemudian lelaki itu dalam mimpinya bertemu dengan Rasulullah s.a.w.


“Dekat sangat kaum musliminn, sangat dekat. Tetapi kita mesti bersihkan hati kita. Hati kita telah menjadi hitam kerana kurang berzikir dan kurang bersalawat ke atas Baginda Nabi s.a.w.”


Dia telah mimpi bertemu Rasulullah s.a.w.

Kamu semua juga tahu tentang hadith:


“Sesiapa yang melihat aku dalam mimpi sesungguhnya dia benar-benar melihat aku.”


Baginda Nabi s.a.w. berkata kepadanya:


“Wahai fulan, apabila tiba waktu pagi, pergi berjumpa dengan gabenor, katakan padanya supaya ia melunaskan hutangmu. Sampaikan salamku padanya, katakan, Rasulullah s.a.w. bersabda padamu, bayarakan hutangku terhadap peniaga itu. Jika dia tidak mempercayaimu. Maka katakan padanya bahawa aku ada dua bukti:”


“Apakah dua bukti itu wahai Rasulullah.”


Katakan padanya:


“Sesungguhnya engkau wahai gabenor! Engkau bersalawat ke atas Rasulullah s.a.w. pada setiap malam 1,000 kali dan pada malam yang terakhir engkau tersilap mengiranya. Dan katakan padanya bahawa selawatnya telah lengkap bilangannya (cukup 1,000 kali).”


Lelaki itu terjaga dari tidurnya.

Pada pagi itu,  di bertemu dengan gabenor dan berkata kepadanya:


“Rasulullah s.a.w. menyampaikan salam padamu. Baginda berpesan untuk engkau agar membayar hutangku.”


Gabenor itu berkata:


“Apakah bukti percakapanmu adalah benar?”


Lelaki itu berkata:


“Bukti kebenaranku adalah bahawa engkau bersalawat ke atas Nabi s.a.w. pada setiap malam 1,000 kali dan pada malam terakhir engkau tersilap mengiranya dan Baginda s.a.w. juga mengatakan padamu bahawa selawatmu sudah lengkap bilangannya.”


Dengan serta merta gabenor itu menangis.

Gabenor itu telah memberinya 500 dinar daripada Baitulmal dan 2,500 dinar lagi daripada hartanya sendiri.


“Pergilah engkau kepada Hakim!”


Dan dia mendapati Hakim ingin untuk bertemu dengannya.

Hakim berkata pada lelaki itu:


“Ke marilah. Dengan berkatmu aku bermimpi bertemu rasulullah s.a.w.”


Maka Hakim memberi 500 dinar untuknya.

Hakim itu berkata padanya:


“Ambil duit ini dan gunakannya untuk membayar hutangmu. Sesungguhnya aku (Hakim) mimpi bertemu Rasulullah s.a.w. dan bersabda jika melunas hutangnya maka kami selamatkan engkau pada hari kiamat.”


Pada waktu itu pintu rumah Hakim diketuk dan ternyata pemiutang datang dan terus mencium lelaki itu.

Perniaga itu berkata:


“Ke marilah. Dengan berkatmu aku mimpi bertemu dengan Rasulullah s.a.w.”


Baginda berkata padaku:


“Jika kau maafkan orang ini, maka kami akan maafkan engkau pada hari kiamat.”


“Ini 500 dirham aku beri padamu dan menyerahkan lagi 500 dinar.”


Lelaki itu beredar dari situ balik ke rumahnya dengan membawa 4,000 dinar, (500 dirham) dan hutannya telah langsai.

Ini adalah satu makna daripada makna-makna berslawat ke atas Rasulullah s.a.w.

Bukan hanya untuk akhirat tetapi untuk dirimu sendiri








No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Your Blog Title

First post's title

Second post's title

Sidebar Gadget title