Allah s.w.t. berfirman:
“Telah
hampir datangnya janji yang telah ditetapkan oleh Allah, maka janganlah kamu
minta disegerakan. Maha suci Allah dan Maha tinggilah Ia dari perbuatan syirik
yang mereka lakukan.”
(Quran, surah An-Nahl: 1)
Ketika orang-orang musyrik merasa lambat akan datangnya
azab yang diancamkan kepada mereka, lalu turunlah firmanNya: (Telah pasti
datangnya ketetapan Allah) yakni hari kiamat. Lafaz ataa (اَتٰۤى) diungkapkan dalam
bentuk fi`il madhi untuk menunjukkan kepastian kejadiannya, ertinya telah dekat
(maka janganlah kalian meminta disegerakan datangnya) ertinya janganlah kalian
meminta disegerakan sebelum saatnya kerana sesungguhnya hari kiamat itu pasti akan
terjadi (Maha Suci Allah) kalimat ini mengandung makna memahasucikan Dia (dan
Maha Tinggi dari apa yang mereka persekutukan) di sampingNya.
Ilya Abu Madhi dilahirkan di Lubnan. Semasa
kanak-kanaknya, keluarganya berpindah di Mesir dan beliau membesar dan mendapat
pendidik sempurna di sana. Apabila dewasa, beliau berhijrah di Amerika.
Berkahwin dan meninggal di sana. Dalam sebuah syairnya, beliau mengatakan:
"Betapa sering engkau
mengeluh dan mengatakan, bahawa engkau tidak punya apa-apa, padahal bumi,
langit dan bintang-bintang, disediakan untukmu.
Begitu pula lahan pertanian,
bunga-bunga yang beraneka warna, nan harum semerbak aromanya, dan burung-burung
perkutut yang merdu kicauannya.
Air yang ada di sekitarmu
berkilauan bak perak, dan mentari yang ada di atasmu, bak emas yang menyala.
Suku nomaden di lereng dan
puncak bukit, membangun khemah-khemahnya nan indah, dan adakalanya mereka
beralih ke tempat lain.
Dunia dengan segala keindahannya, disajikan untukmu, maka, mengapa engkau
bermuram durja?
Dunia pun tersenyum, maka, mengapa
engkau tidak ikut tersenyun?
Jika engku bersedih, kerana
kejayaan yang telah berlalu, maka, mustahil engkau dapat meraihnya kembali,
dengan menyesalinya.
Atau, engku takut tertimpa
musibah, maka, mustahil engku dapat mencegahnya, hanya dengan bermuram durja.
Atau, engkau telah lalui masa
mudamu, maka, jangan kau katakan bahawa zaman telah menua kerana sesungguhnya
zaman tidak menua.
Perhatikanlah, sampai sekarang
masih bermunculan dari bumi, berbagai tetumbuhan yang sangat indahnya, hingga
seakan-akan berbicara padamu."
Penyampaian karyanya dalam bentuk syair, tetapi
ada perkara-perkara yang bila kita amati sayugia diambil iktibar darinya. Maksud
yang tersirat dapat dimanfaatkan untuk melihat gambaran yang tersurat.
Allah s.w.t. berfirman:
“Sekalian
makhluk yang ada di langit dan di bumi sentiasa berhajat dan memohon kepadaNya.
Tiap-tiap masa Ia di dalam urusan (mencipta dan mentadbirkan
makhluk-makhlukNya)” (Quran, surah Ar-Rahman: 29)
(Semua yang ada di langit dan di bumi selalu meminta
kepadaNya) baik melalui ucapan mereka atau pun perbuatan mereka, iaitu meminta
apa-apa yang mereka perlukan berupa kekuatan untuk menjalankan ibadah, rezeki,
ampunan dan lain sebagainya. (Setiap hari) setiap waktu (Dia dalam suatu
perkara) iaitu perkara yang hendak dilahirkanNya sesuai dengan apa yang telah
ditentukanNya sejak zaman Azali antara lain, menghidupkan, mematikan,
memuliakan, menghinakan, memberikan kecukupan, memiskinkan, mengabulkan doa dan
memenuhi yang meminta.
No comments:
Post a Comment