MAKA YANG MANA
SATU DI ANTARA NIKMAT-NIKMAT TUHAN KAMU, YANG KAMU HENDAK
DUSTAKAN?
“Demi Allah,
Kalau kamu bertanya kepada orang yang tidak salat:
“Kenapa kamu tidak salat?”
Nescaya dia akan tertunduk malu. Dia akan malu untuk menjawab kerana dia tidak ada jawapan
(untuk menafikannya). Dia tidak ada jawapan di dunia ini selama-lamanya. Ini hanyalah pertanyaan daripada manusia membuatkan dia
berasa malu.
Demi Allah,
Bayangkan kalau yang bertanya itu adalah Allah s.w.t.
Allah s.w.t. memberikan kepadamu nikmat yang tidak
terkira:
“Kamu mempunyai mata untuk
melihat sedangkan ada orang yang sanggup membayar harta dunia supaya dapat
melihat. Pergi lihat di hospital (mereka yang menjalani rawatan kesihatan mata).
Kamu membasuh mukamu
(berwuduk) pada setiap pagi sedangkan orang lain membasuh buah pinggangnya pada
setiap pagi.
Kamu dapat melihat terbitnya
matahari pada setiap pagi, sinaran matahari dan keindahan pokok-pokok,
bunga-bungaan sedangkan ada orang yang tidak dapat melihat. Ada orang yang tidak dapat
melihat dan dia sangat berharap untuk dapat melihat.
Kamu dapat berjalan dengan
kedua kakimu sedangkan orang lain sangat berharap agar dapat berjalan supaya
dapat pergi ke masjid dan bertakbir bersama imam.
Kamu mempunyi dua tangan, kamu dapat mendengar, kamu
sekarang dapat duduk dan mendengar daripadaku sedangkan ada orang yang tidak
dapat mendengar. Dia sangat berharap agar dapat mendengar suara ayah atau
anaknya.
Bukankah ini semua adalah nikmat?”
Hendaklah kamu mensyukurinya sebelum mati menjemputmu. Kamu akan menghadap Allah s.w.t. yang akan menyoal kamu
dan aku, adalah Allah s.w.t.. Adalah Allah s.w.t.
Adakah kita sudah mempersiapkan jawapan bagi
soalan-soalan ini?”
No comments:
Post a Comment