Kita kekang keganasan
dalam, dilanda keganasan luar
KALAUPUN Malaysia belum jadi juara tetapi ia muncul sebagai
pihak yang amat ketera membendung apa yang dikira keganasan Islam dalam negeri.
Sepanjang Syria sekitar lima tahun ini agak ketara bilangan orang Islam
tempatan jadi sasaran keselamatan kerana dikatakan anasir keganasan
antarabangsa.
Dan Malaysia amat aktif menentang keganasan itu dalam forum
antarabangsa, sama ada membekal maklumat atau memberi kerjasama dengan negara
luar atau memberikan contoh apa yang Malaysaia buat bagi membendung apa yang
dikatakan ancaman itu.
Agak payah untuk memberi ulasan bebas atau pandangan kedua
atas topik itu kerana takut terperangkap dengan tohmah menyokong keganasan atau
memberi semangat kepada isu amat sensitif dalam dan luar negeri itu.
Macam zaman konfrantasi dengan Indonesia dulu, ramai yang
cuak untuk berhubung dengan orang Indonesia yang dikenali dan lama menetap di
sini kerana mudah dikira memberi perlindungan atau bekerjasama dengan pihak
itu.
Jika ada yang tidak disenangi atas tindakan mengekang
keganasan Islam itu, maka komen dibuat dalam hati saja.
Tidak pasti orang-orang diperhati polis itu menyulitkan
keselamatan kepada negara ini. Rata-rata yang dicekup itu dikatakan hendak berjuang
di bumi Islam yang hendak melepaskan belenggu yang dihadapi oleh Islam di sana.
Seperti semasa perang Afghanistan diduduki Soviet dulu ramai
umat Islam dari luar jadi mujahidin di Afghanistan. Penyertaan itu dikatakan
atas seruan jihad. Boleh dikira semua negara Islam menjadkan mereka orang yang
dikehendaki termasuklah Malaysia sendiri. Sekaliannya menghadapi risiko tinggi
bila balik ke negara masing-masing.
Rata-rata mereka menyambut seruan jihad dan cintakan syahid.
Sedang dunia seluruhnya tiada sikap ikhlas membela negara dan umat Islam yang
tertindas itu.
Apa yang dibimbangi mereka yang dicurigai itu menerima nasib
yang sama dengan orang-orang awal menerima Islam dulu. Mereka diancam dan
disiksa oleh musyrikin jahiliyah kerana mereka menganut dan menyembah Tuhan
yang satu. Jika ada jenayahnya ialah mereka menjadi orang Islam.
Tidak dinafikan antara yang jadi Islam ada yang jadi ahli
neraka, tetapi bukan mudah orang Islam yang khususnya yang berkuasa bagi
menentukan orang jadi Islam itu ahli neraka. Maka orang Islam dan penguasa di
kalangan Islam jangan mudah memangsakan orang Islam yang tidak disenangi oleh
musuh Islam dan mengira mereka adalah benar-benar musuh sedang mereka dimusuhi
oleh anti Islam luar negeri.
Ditakuti sikap kita leih sudu dari senduk. Jika kita tidak
menyokong orang sesiapa yang menyokong orang yang membela umat Islam yang
dizalimi. Maka janganlah kita musuh kepada mereka yang hendak membela
saudara-saudara mereka.
Peka kita kepada isu-isu keganasan itu adalah wajar.
Berhati-hati itu adalah dikehendaki. Tetapi jangan lebih sudu dari senduk dan
jangan sampai jadi orang yang tidak adil orang Islam yang adil.
Kita setuju kita berwaspada. Kita tidak mahu umat Islam di
negara kita terlibat dalam keganasan kerana keganasan itu bukan cara Islam.
Dunia puji kita kerana kita berjaya mengekang keganasan
dalam negeri. Tapi kita mulai dilanda keganasan luar negeri. Setahun dulu abang
pemimpin Korea Utara dibunuh di sini oleh agen negara itu. Seminggu ini imam
Palestin yang menetap di sini tentunya patriot bangsa itu dibunuh oleh perisik
Yahudi.
Keganasan asing menjadikan kita tidak selamat juga,
dibimbangi kemungkinan ia gara-gara tidak cermat atas orang Islam yang hendak
membela Islam. – HARAKAHDAILY 26/4/2018
No comments:
Post a Comment