"Burung itu tidak akan berlaku lemah-lembut
seperti halnya lebah."
Dalam
hadith juga disebutkan hal yang hampir sama:
المؤمن كالنحلة تاكل
طيبا وتضع طيبا واذا
وقعت على عود لم
تكسره.
"Orang mukmin itu bagaikan lebah,
memakan makanan yang baik dan mengeluarkan hasil yang baik pula. Apabila
hinggap pada dahan, ia tidak mematahkannya."
Hinggapnya
seekor lebah tidak dirasakan/disedari oleh bunga. Dia menghisap sarinya dengan
lemah-lembut, dan mendapatkan apa yang dia inginkan dengan cara yang sangat
halus. Berbeza halnya dengan burung pipit, sekalipun tubuhnya kecil, suara
kicauan kedatangnya di atas biji-biji (butir-butir) gandum seakan-akan
memberitahukan kepada manusia. Apabila turun pada biji (butir) gandum, ia
terjatuh dan melompat dengan segera maka bergoyang-goyanglah batang gandum itu.
Tabiat
air mengalir dengan lembut dan ada ketikanya mengalir dengan deras. Begitu juga
dengan angin bila bertiup kencang dapat memporak-peranda kawasan dilaluinya
tetapi bila ia bertiup sepoi-sepoi bahasa menyamankan perasaan menghirup
udaranya.
Sejumlah
ulama salaf yang biasa kita baca kisah-kisah mereka, menyebutkan bahawa tanda
kedalaman pemahaman seseorang terhadap agamanya adalah sikapnya yang
lemah-lembut ketika bersama kelamin sebelum dan selepas hajatnya tertunai,
ketika menjama makanan semasa lapar dan berhenti sebelum kenyang, ketika memakai
baju dan melepaskan kasut, ketika masuk dan keluar rumah, ketika menaiki
kenderaan dan memberhentikannya, ketika menghadapi musuh sebelum, semasa dan
selepas perang atau dalam keadaan aman.
Sikap
gopoh, kelam-kabut, tidak merancang, berfikir dan menyelidik, terpengaruh
dengan bisikan dajal, mengelabah dalam menangani isu dan melakukan sesuatu
mendorong ke arah bahaya dan hilangnya manfaat.
Sesungguhnya
dengan penuh kelembutan akan meluluhkan jiwa, menuntun hati, meluruhkan nurani,
kunci kebaikan, jiwa-jiwa yang maksiat akan patuh padanya dan hati-hati yang
penuh kedengkian akan takluk padanya.
No comments:
Post a Comment