Para sutradara sebaik mungkin, ingin mempersembahkan
hasil karya terbaik mereka untuk tatapan umum; gaya pengarahannya, teknik, jalan dan
pengolahan ceritanya, jalinan cerita antara satu episod dengan episod yang
lain, pergolakan-pergolakan yang berlaku, cara menangani, memuktamatkan cerita,
suka duka dan akhirnya, hero dan heroinnya menjadi idola penonton/peminat.
Dalam melakukan persembahan pentas umpamanya, segala
cacat celanya cuba diatasi, kalau boleh dibuang, terutama pada peringkat
penyuntingan. Wataknya pula menurut skrip yang disediakan, kerana ia tak sesuai
melakonkan secara spontan-santai.
Lebih teliti lagi apabila memasuki penyuntingan akhir
khususnya melibatkan perubahan-perubahan dua adegan yang sama namun berbeza masanya. Sebab
itu apabila kita memerhati filem-filem India ketika dipancarkan, dapat dilihat
di sana aksi-aksi yang sama, lokasi sama, latar belakang sama namun berlaku
perubahan warna; ada kalanya warnanya jelas, sedikit pudar atau semakin terang.
Bagi mereka yang menggemari panggung wayang akan terkesan
berhubung perkara tersebut.
Alakuli hal kita ucapkan tahniah kepada para sutradara kerana berusaha membikin filem-filem terbaik, sama ada pemilihan tajuknya, jalan ceritanya, pengembangan episod-episodnya sehingga selesai dan akhirnya diluluskan untuk tayangan.
Alakuli hal kita ucapkan tahniah kepada para sutradara kerana berusaha membikin filem-filem terbaik, sama ada pemilihan tajuknya, jalan ceritanya, pengembangan episod-episodnya sehingga selesai dan akhirnya diluluskan untuk tayangan.
Yang menjadi cacatnya adalah apabila dipertengahan
penggambaran berlaku pertukaran sutradara. Kalau setakat bertukar hero dan
heroin itu mudah diatur. Tetapi masalahnya, bertukar sutradaranya, maka akan
berlaku di sana beberapa perubahan kerana cara pengurusannya telah bertukar
selera.
Kadang-kadang tersasar dari cerita asal. Mereka pula cuba
membina suatu persepsi tetapi kedajalan terserlah juga kerana ia suatu lakonan
didongeng-dongengkan.
Contoh:
Bagaimana nak meyakinkan audiens tentang rompakan
bersahaja membawa lari beratus laras senjata?
Dapatkah golongan dungu mengilas kritikan awam?
Dapatkah golongan dungu mengilas kritikan awam?
No comments:
Post a Comment