Dapatkah PAS mendahului pesaing-pesaingnya
memenangi kerusi Parlimen dan DUN seluruh
negara pada Pilihan Raya Umum Malaysia
kali ke-14 (PRU14) pada 9 Mei 2018 sebagaimana ia mendahului pesaing-pesaingnya dalam mengisytiharkan calon-calon untuk bertanding pada pilihan raya ini?
Pada pilihan raya ini jika diperhatikan, PAS mendahului
pesaing-pesaingnya dalam pertandingan pengisytiharan calon-calon PRU14, manakala
persepsi umum melihat kesungguhan PAS
menyelesaikan masalah ummah dan keharmonian merentas masa yang
menjanjikan kesejahteraan, kerana PAS:
PAS FOR ALL
PAS RAHMAT UNTUK
SEMUA
PAS UNTUK SEMUA
PAS PILIHANKU
Maka pemuda-pemuda PAS wajar menunjukkan kekuatan, kecekalan dan
kesungguhan untuk memenangi pilihan raya ini sebagaimana Nabi Syamwil
a.s. menasihati Bani Israil supaya berpengetahuan dan kuat bukan
pengecut lalu melarikan diri di medan pilihan raya.
Nabi Syamwil telah membawa Talut berjumpa pembesar Bani
Israil untuk mengisytiharkan perajaannya:
“Dan Nabi mereka berkata:
"Bahawasanya Allah telah melantik Talut menjadi raja bagi kamu. Mereka
menjawab: "Bagaimana dia mendapat kuasa memerintah kami sedang kami lebih
berhak dengan kuasa pemerintahan itu daripadanya, dan ia pula tidak diberi
keluasan harta kekayaan?" Nabi mereka berkata:" Sesungguhnya Allah
telah memilihnya (Talut) menjadi raja kamu, dan telah mengurniakannya kelebihan
dalam lapangan ilmu pengetahuan dan kegagahan tubuh badan". Dan
(ingatlah), Allah jualah yang memberikan kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang
dikehendakiNya; dan Allah Maha Luas (rahmatNya dan pengurniaanNya), lagi
meliputi ilmuNya.” (Quran, surah Al-Baqarah: 247)
No comments:
Post a Comment