"Maka yang mana satu di antara
nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan (wahai umat manusia dan
jin)?" (Quran, surah Ar-Rahman: 13)
Imam
Adz-Dzahabi dalam bukunya: 'Siyaru A'lam
An-Nubala', yang terdiri dari 23 jilid, menghuraikan tentang perjalanan
hidup orang-orang terkenal; sama ada ulama, khulafah, raja-raja, pemimpin, para
menteri, orang-orang kaya atau para penyair.
Melalui
bacaan buku ini kita akan mendapati dua kesimpulan penting daripadanya, iaitu:
Pertama: Bahawa barangsiapa bergantung pada selain
Allah s.w.t., sama ada pada harta-benda, anak-isteri, saudara-mara, kedudukan
atau pekerjaan tertentu, maka Allah s.w.t. akan jadikan orang itu sangat
cenderung pada itu semua. Ia akan menjadi penyebab kesengsaraan, azab dan
kecelakaan bagi dirinya.
Contohnya:
Firaun
celaka kerana kedudukannya.
Qarun
binasa kerana hartanya.
Umayyah
Khalaf kerana perdagangannya.
Al-Walid
sengsara kerana-anaknya.
Abu
Jahal binasa kerana kedudukannya.
Abu
Lahab hina bangga keturunannya.
Abu
Muslim kerana kekuasannya.
Al-Mutanabbi
runtuh kerana kemasyhuran.
Al-Hajjaj
sikapnya bongkak di atas bumi.
Ibnul
Al-Furat zalim sebagai menteri.
Kedua: Bahawa barangsiapa hanya bergantung diri pada
Allah s.w.t., beramal semata-mata keranaNya dan selalu mendekatkan diri
kepadaNya. Maka Allah s.w.t. akan memuliakan dan mengangkat darjatnya walaupun
ia bukan dari keturunan yang baik, tanpa kedudukan, tanpa kaum kerabat, tanpa
harta dan keluarga.
Contohnya:
Talut
dengan kehebatannya.
Daud
kehebatan suara merdunya.
Bilal
dengan azannya.
Salman
dimuliakan dengan akhiratnya.
Shuhaib
dengan pengorbanannya.
Atha'
dengan pengetahuannya.
Julaibib
dengan istikamahnya.
Anas
dengan ketekunannya.
Talhah
syahid berjalan di atas bumi.
Sebuah
pepatah Arab membuat misalan tentang kehidupan; antara semut dan setitik besar
madu yang ditemuinya.
"Tidaklah kenikmatan dunia bererti apa-apa,
melainkan bagai setitis besar madu. Maka siapa yang hanya menjilat dan
mengecapnya sedikit, ia akan selamat. Namun siapa yang menceburkan diri ke
dalamnya, ia akan binasa."
No comments:
Post a Comment