Friday 27 April 2018

PAS MENDAHULUI PARTI HARMONI



ESOK, pusat-pusat penamaan calon akan dipenuhi oleh warna-warna hijau dan biru (biru pekat dan biru cair).


WARNA HIJAU adalah dari Gagasan Sejahtera; terdiri daripada Parti Islam Se-Malaysia (PAS),  Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN) dan Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (BERJASA), Parti Cinta Malaysia (PCM), pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan antaranya 200 NGO di bawah Kongres Rakyat, yang diketuai oleh Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, memakai lambang bulan penuh.


WARNA BIRU PEKAT adalah dari Barisan Nasional; terdiri daripada Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), Persatuan Cina Malaysia (MCA), Kongres India Malaysia (MIC), Parti Gerakan Rakyat Malaysia (GERAKAN/PGRM), Parti Progresif Penduduk (myPPP), Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Parti Bersatu Sabah (PBS), Parti Liberal Demokratik (LDP), Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO), Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP), Parti Rakyat Sarawak (PRS), Rakan-rakan Barisan Nasional  Kongres India Muslim Malaysia (KIMMA), Parti Bersatu India Malaysia (MIUP), Barisan Kemajuan India Se-Malaysia (IPF), Parti Makkal Sakti Malaysia (MMSP), Parti Punjabi Malaysia (PPM), Parti Tenaga Rakyat Sarawak (TERAS), Parti Rakyat Bersatu (UPP), yang diketuai oleh  Dato' Seri Haji Mohd Najib Bin Tun Haji Abdul Razak,, memakai lambang dacing


WARNA BIRU CAIR adalah dari parti Pakatan Harapan; terdiri daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), Parti Tindakan Demokratik (Bahasa Inggeris: Democratic Action Party (DAP), Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Parti Amanah Negara (Amanah), yang diketuai oleh Datuk Seri Datin Dr. Wan Azizah Wan Ismail, memakai lambang bulan sabit.


Kesemua parti-parti yang akan bertanding telah menunjukkan gelagat masing-masing sebelum penamaan calon.


Parti yang wajar diberi kredit kerana mendahului pengisytiharan calon-calon PRU14, bergerak dengan teratur, harmoni dan kemas adalah PAS. Pada saat-saat yang akhir sebelum penamaan calon pun  ada lagi individu meletakkan jawatan dengan parti lain dan bergabung masuk dengan PAS. Ia adalah saat yang amat bermakna.


Parti BN pula bergesel (dalaman parti) dalam isu penamaan calon sehingga meletak jawatan dan berhasrat untuk bertanding calon bebas, termasuk memfailkan semakan kehakiman bagi membubarkan parti itu di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.


Parti PH menggunakan lambang PKR sehingga saat-saat akhir (Jumaat) untuk memuktamadkan perbincangan calon-calon bertanding  sehingga ada kalangan ahli membakar bendera sendiri dan melakukan protes kerana calon-calon yang ditampilkan oleh parti bertanding.


Secara rumusnya, PAS mendahului parti-parti lain dengan suasana harmonis.






  



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Your Blog Title

First post's title

Second post's title

Sidebar Gadget title