Tuesday 17 April 2018

ISTIMEWANYA APC MAIWP 2017 ANUGERAHNYA DISAMPAIKAN OLEH MANTAN KPE MAIWP



Kuala Lumpur, 17 April-Majlis Anugerah Perkhidmat Cemerlang (APC) Majlis Agama Islam wilayah Persekutuan (MAIWP) 2017 untuk pegawai-pegawai MAIWP telah diadakan di Dewan Dr. Siti Hasmah, Rumah Puspanita, Jalan Hose, di sini.

Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Dato’ Paimuzi Bin Haji Yahya, Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Malaysia (JAKIM) (Bahagian Pembangunan Insan).

Ketika menyampaikan ucapan perasmian, beliau memetik ayat al-Quran surah al-Qasas ayat 26:


“Salah seorang di antara perempuan yang berdua itu berkata: "Wahai ayah, ambilah dia memjadi orang upahan (mengembala kambing kita), sesungguhnya sebaik-baik orang yang ayah ambil bekerja ialah orang yang kuat, lagi amanah". (mengembala kambing kita), sesungguhnya sebaik-baik orang yang ayah ambil bekerja ialah orang yang kuat, lagi amanah".

Menerusi ayat tersebut, beliau menasihati  betapa pentingnya pegawai-pegawai MAIWP memiliki ciri-ciri sebagai pegawai yang kuat dan amanah berpandukan akhlak Al-Quran dan Sunnah.

Dalam majlis tersebut seramai 88 pegawai MAIWP menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang disamping warga syarikat MAIWP, antaranya; 3 orang dari Pusat Pungutan zakat, 10 orang Kolej Sains Perubatan  Antarabangsa PUSRAWI, 10 orang Hospital PUSRAWI, 3 orang MAIWP Healthcare, 2 orang Yayasan Takwa, guru-guru tadika dan MAIWP Labuan.

Tidak dilupakan sempena majlis tersebut telah diberikan Anugerah Khas KPE kepada pegawai-pegawai MAIWP yang telah berkhidmat di MAIWP melebihi 25 tahun.

Suatu yang istimewa pada Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang ini adalah anugerahnya disampaikan oleh mantan KPE MAIWP yang berpindah ke JAKIM kerana naik pangkat.

Semoga anugerah ini pemberi semangat kepada pegawai perkhidmat MAIWP.










No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Your Blog Title

First post's title

Second post's title

Sidebar Gadget title