Al-Quran
telah menghidangkan kepada kita kisah-kisah para nabi dan para wali dengan
sekumpulan binatang yang bersama-sama memainkan peranannya dalam sejarah yang
penuh gemilang.
Burung
gagak bersama anak Nabi Adam a.s., Qabil, dalam peristiwa Qabil membunuh Habil
dan menyembunyikan mayat adiknya seperti ditunjukkan oleh burung gagak
kepadanya.
Lembu
betina bersama Bani Israil dan Nabi Musa a.s. yang dipilih untuk disembelih
bagi membongkar kes pembunuhan misteri yang akhirnya dibuktikan bahawa
pembunuhan itu dilakukan oleh anak saudaranya sendiri, yang melakukan aduan
tentang pembunuhan bapa saudaranya.
Serigala
dan Nabi Yusuf a.s. yang dituduh oleh adik-beradiknya telah merobek-robek
pakaian dan daging-daging Nabi Yusuf a.s. tetapi terbukti kemudiannya bahawa
kepekaan penghiduan ayah mereka, Nabi Yakub a.s. adalah suatu komplot kedajalan
yang dilakukan oleh anak-anaknya kepada adik mereka sendiri, Nabi Yusuf a.s.
Burung
belatuk dan Nabi Sulaiman a.s. yang memberi isyarat tentang keangkuhan Sulaiman
a.s. di singgahsananya kemudian jatuh tersembam kerana Nabi Sulaiman a.s. telah
meninggal tanpa disedari oleh rakyatnya termasuk dari kalangan binatang dan
jin.
Burung-burung
Ababil yang ditugaskan menghancurlumatkan ketumbukan tentera bergajah Abrahah
yang diarahkan meruntuhkan Kaabah tetapi kemudiannya gajah-gajah itu terpaku
ketakutan lantaran takut kepada Allah s.w.t.. Ketumbukan tentera bergajah
Abrahah itu musnah seperti daun-daun di makan ulat. Dalam bahasa modennya
seperti melecur cair di simbah asid.
Banyak
lagi kisah-kisah binatang yang Allah s.w.t. rakamkan dalam Al-Quran dan Sunnah
sejak 15 abad yang silam.
Seorang
cendekiawan German, Brehm, yang sepanjang hidupnya ditumpukan kepada mengkaji
binatang dan akhirnya beliau mengarang ensiklopedia menulis tentang kehidupan
binatang-binatang itu.
Kata
beliau:
"Sesungguhnya bagi binatang yang
menyusukan anak mempunyai ingatan, kepintaran dan perasaan hati.
"Seringkali terjadi bagi
keperibadian-keperibadian bersendirian yang tertentu, sebagaimana ia mampu
membezakan antara perkara dan memahami perbezaan-perbezaan masa, tempat, warna
dan bunyi-bunyian.
"Begitu juga ia mampu mengenal sesuatu,
memikir dan membuat keputusan.
"Ia juga dapat mengetahui bahaya-bahaya yang
akan menimpa dan dapat pula memikirkan cara bagaimana mengelakkannya.
"Ia dapat melahirkan kasih sayang dan
kebencian, ia menyayangi binatang yang jinak dan yang kecil, ia dapat
melahirkan kesyukuran dan kesetiaan, menghormati dan mengeji, marah dan
berlembut, tipu helah dan licik, bersifat amanah dan khianat.
"Mana-mana binatang yang nemiliki kemahiran
tersebut boleh membuat perkiraan dan agakan terhadap sesuatu perkara sebelum ia
bersedia melakukannya.
"Binatang yang sensitif dan berani boleh
berkurban kehidupan serta kebebasannya di kalangannya dengan kerelaan lantran
kebaikan kumpulan yang ia hidup bersamanya."
Fakta-fakta
tentang binatang ini telah dibuktikan oleh beberapa kajian yang telah
diusahakan oleh beberapa generasi para ilmuan dan para pengkaji.
Namun
Al-Quran telah mengingatkan umat manusia sejak diutusnya Nabi Muhammad s.a.w..
Antaranya, Allah s.w.t. menyebutkan dalam surah al-Naml ayat 18:
"Sehingga apabila mereka sampai di
lembah semut ('Waadi'n Naml' iaitu di Palestin di negeri Syam), berkatalah
seekor semut (iaitu raja semut, sewaktu melihat bala tentara Nabi Sulaiman):
"Wahai semut-semut! Masuklah ke dalam sarang-sarang kalian, jangan
Sulaiman dan bala tentaranya memijak kamu, sedangkan mereka tidak menyedarinya."
Maka
tersenyun Nabi Sulaiman a.s. mendengar kata-kata semut itu.
No comments:
Post a Comment