Kita
pernah mendengar suatu kisah yang menceritakan bahawa dahulu semasa
berkembangnya Islam, seseorang ingin mengajak orang lain berdakwah secara
hikmah dan bijaksana untuk memerdekakan hamba sahaya, kerana pada ketika itu
hamba sahaja yang meminta kepadanya untuk meminta bantuan kepada orang ramai
menganjurkan program supaya memerdekakan hamba-hamba sahaya itu.
Beliau
pun mengikat perut bagi menjayakan matlamat tersebut.
Langkah
awal yang dilakukannya adalah mengumpulkan dana yang mengambil masa lama
sehinggalah mencukupi untuk mrmbebaskan seorang hamba sahaya.
Setelah
memberi contoh dan pelopor pembebasan hamba sahaya, barulah ia menyuruh
memerdekakan hamba-hamba sahaya yang lain.
Perbuatannya
itu berjaya kerana ia mengekang nalurinya dan menahan perutnya membuncit.
Langkahnya
kemudian dikuti oleh ramai orang dan ramai hamba sahaya dimerdekakan selepas
itu.
Maka
seseorang yang mengajak beramar maruf sementara dia sendiri meninggalkannya,
berpakat di belakang tabir, ia adalah akhlak yang busuk. Samalah seperti ia
berkeliling dengan isi usus yang terburai seperti keldai yang mengelilingi alat
penumbuk gandum.
Maka
berlakulah dialog antara makhluk di alam akhirat, penduduknya yang duduk di
neraka sana:
"Mengapa
engkau juga binasa seperti aku?"
Jawabnya:
"Saya
menyuruh kalian melakukan yang maruf namun saya sendiri tidak melakukannya,
saya melarang (menghadang) kalian menjauhi yang mungkar namun saya sendiri
melakukannya."
“Dan di antara manusia ada yang berkata:
"Kami telah beriman kepada Allah dan kepada hari akhirat"; padahal
mereka sebenarnya tidak beriman.
Mereka hendak memperdayakan Allah dan
orang-orang yang beriman, padahal mereka hanya memperdaya dirinya sendiri,
sedang mereka tidak menyedarinya.” (Quran, surah Al-Baqarah ayat 8-9)
No comments:
Post a Comment