Kuala Lumpur, 19 April – Calon-calon untuk Pilihan Raya
Malaysia 2018 untuk Parlimen dan Dun telah diisytiharkan oleh PAS seluruh negara
kecuali Kelantan, Sabah dan Sarawak.
Pengisytiharan tersebut telah mendahului parti-parti politik dari Barisan Nasional dan Pakatan Harapan yang akan bertanding pada PRU14.
Pengisytiharkan tersebut telah dilakukan oleh
Pesuruhjaya-Pesuruhjaya PAS negeri sebagai calon-calon bertanding pada Pilihan
Raya Umum Malaysia kali ke-14.
Di Wilayah Persekutuan, PAS telah menyenaraikan calon-calon
yang berkaliber merebut tujuh daripada tiga belas kerusi parlimen kecuali kerusi parlimen Bukit
Bintang, Cheras, Kepong dan Seputeh, PAS tidak bertanding.
PAS
mendahului
pengisytiharan calon-calon
Pilihan Raya Umum Ke-14
walaupun
Barisan
Nasional dan Pakatan Harapan
masih
berteka-teki
tentang calon-calon mereka
Antara yang dicalonkan oleh Pas, Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan; Mohamad Noor yang akan
bertanding di Parlimen Titiwangsa, Fauzi Abu Bakar (Parlimen Lembah Pantai),
Ubaid Abd Akla (Parlimen Setiawangsa), Azhar Yahya (Parlimen Batu), Razali
Tumiran (Parlimen Wangsa Maju), Dr. Rosni Adam
(Parlimen Bandar Tun Razak), Mohd Solleh Abd Razak (Parlimen Segambut), Zainal Kidam (Parlimen Putrajaya) dan Ahmad
Junid @Junit Mohd Aling @Aling (Parlimen Labuan).
Melihat senario pilihan raya kali ini dijangka PAS akan
mewarnai suasana lanskap politik negara dengan momentum bertenaga menang.
No comments:
Post a Comment