Bila kita melihat
sesuatu isu maka pelbagai dimensi yang dapat dijelaskan secara tepat menurut
kedudukan pemerhatian seseorang.
Mereka yang melihat
dari atas tidak sama penafsirannya dengan mereka yang melihat dari bawah.
Mereka yang melihat
dari sisi-sisi berbeza walaupun mereka melihat dan duduk di dalam ruang yang
sama namun pengisahannya juga berbeza.
Mereka yang duduk
dalam budaya bersifat kompleks berbeza penafsirannya dengan budaya mereka yang
tinggal di pekan-pekan, termasuklah mereka yang belajar di luar negeri tidak
sama pendekatannya dengan belajar dalam negara.
Mereka yang berkuasa
dan kuat berbeza cara berfikir dan bertindak dengan tukang kebun yang hanya
memikir dan menumpukan produktiviti cara kerjanya untuk hasilan
tanaman-tanamannya.
Maka menjadi teguhnya
umat Islam dengan akidah Islam adalah terletak pada kekuatan ajaran Islam itu
sendiri berbanding puak kafir.
Rahsianya terletak
pada keselarasan dengan fitrah mereka manakala akidah Islam pula bersifat
abadi.
Sampai masa yang
Allah s.w.t. kehendaki, memiliki keteguhan dan kekuatan, walaupun umat Islam
mengalami kemunduran yang dialami oleh mereka ketika ini, namun mereka tetap
merasa perkasa-gagah dengan akidahnya kerana mereka senentiasa dalam situasi
bersiap siaga.
Mereka pula
bergantung harap pada Allah s.w.t. tentang masa depan di akhirat sana.
Adapun
perubahan-perubahan jatuh bangun adalah suatu perkara biasa dalam kehidupan,
seperti iman meningkat dan menyusut.
'Sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula suami isteri,
demikianlah kehidupan yang senentiasa berubah dari semasa ke semasa.'
demikianlah kehidupan yang senentiasa berubah dari semasa ke semasa.'
Hari ini kemenangan
golongan kufar tapi esok untuk kemenangan umat Islam.
Ia silih berganti,
seperti siang berganti malam. Perkara biasa dalam kehidupan menjadi
sunnatullah.
Ada pula yang melihat
suatu isu dari sudut dijuzukkan menjadi kecil bersifat spesifik.
Tidak kurang juga
mereka yang melihat sesuatu isu dalam bentuk terpencil menjadi bersifat global.
Ia kembangkan isunya
bersifat global atau mengecilkan isunya supaya terhad penafsirannya.
Ia bergantung siapa
yang membicarakan isunya, apa fokus yang hendak disandarkan, dan bagaimana
menanganinya sama ada bersifat global, serantau, kebangsaan, negeri, kampungan,
kelompok atau sepasangan kekasih yang sedang berbisik-bisik tentang keindahan
alam ciptaan Tuhan.
Isunya bukan Islam
mudah dikalahkan tapi bagaimana umat Islam mendepani isu-isu yang membawa
mereka pada petunjuk kebenaran dan keredhaan Tuhan.
No comments:
Post a Comment