Wednesday 11 April 2018

KESABARAN MENGUKUH KETAHANAN




Seorang lelaki bertanya Antarah:


"Apakah rahsia keberanianmu, kerana engkau dikenal dengan kemampuan mengalahkan lawan?"


Antarah berkata:


"Masukkan jarimu ke dalam mulutku, dan masukkan jari tanganku ke dalam mulutmu."


Orang itu pun memasukkan jarinya ke mulut Antarah, dan sebaliknya jari Antarah dimasukkannya ke dalam mulutnya. Dalam waktu bersamaan, kedua-duanya sama-sama menggigit jari yang ada dalam mulut masing-masing. Orang itu pun berteriak kesakitan, tidak kuat menahan gigitan Antarah. Maka Antarah pun melepaskan gigitannya, lalu ia berucap:


"Dengan seperti inilah aku dapat mengalahkan pasukan musuh."


Maksud dari ucapan Antarah itu adalah bahawa resipi mengalahkan lawannya dengan kesabaran dan ketahanan tubuh.

Di antara beberapa faktor yang boleh menguatkan orang mukmin adalah; perlindungan Allah s.w.t., rahmatNya dan ampunan Allah s.w.t..

Itu sangat dekat dengan diri kita. Dengan kadar keimanan kita, kita dapat merasai pengawasan dan perlindungaNya.

Alam semesta; semua makhluk hidup dan benda-benda mati; burung-burung, binatang merayap, melata dan bergerak, ikan-ikan berenangan dalam air, menyedari bahawa mereka memiliki Tuhan - Allah s.w.t. yang Mencipta, Mengerakkan, Mengawasi, Melindungi dan Memberi rezeki kepada mereka.

Seorang pendakwah buta, namun fasih berbicara, Syeikh Abdul Hamid Kisyk - yang telah amat tua - berdiri di atas mimbar.

Ketika berada di atas mimbar, dia mengeluarkan pelepah kurma dari saku jubahnya. Setelah itu ia berseru kepada hadirin:


"Lihatlah pohon itu, sebuah pohon yang memiliki dahan-dahan yang berdaun rimbun.

Siapakah yang telah menumbuhkan dan menghiasinya dengan dedaunan yang berwarna hijau?

Dialah Allah yang kekuasaannya tiada batas."


Dan para hadirin pun terpukau dan menangis kerananya.

Maha Suci Allah s.w.t. daripada sifat-sifat kelalaian.

Allahu Akhbar.






No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Your Blog Title

First post's title

Second post's title

Sidebar Gadget title