Islam serius dalam
perkara-perkara ketuhanan, termasuk juga dalam hal-hal kehidupan dan
keharmonian.
Kekejaman musuh-musuh
Islam tidak membuatkan Nabi s.a.w. menyimpan dendam.
Ia tetap menunjukan
kedamaian.
Kesannya meluluhkan
hati musuh-musuh Islam.
Suatu hari, Baginda
Nabi s.a.w. sedang mengerjakan salat fajar bersama sahabat-sahabat r.anhum di
Hudaibiyyah.
Tiba-tiba datang
sekitar 70 orang dari wilayah Tan'im hendak menyerang mereka.
Dalam strategik
kesiap siagaan ini pasukan Islam telah dilatih memerhati, menghadapi dan
bertindak balas daripada ancaman anasir jahat.
Namun sukar diatasi
bila 'golongan dalam' berpakat dengan dajal melakukan kerosakan di muka bumi.
Didikan yang telus
dapat mengamati kelibat-kelibat musuh; gerak-geri, tenungan mata dan
gerakan-gerakan bibir mereka sangat mudah difahami.
Mereka lalu
ditangkap, kemudian dibawa kepada Baginda Nabi s.a.w..
Selepas itu mereka
dibebaskan tanpa tebusan.
Salah seorang diberi
pengampunan adalah Ghawrats bin Al-Harits, meskipun dia telah mencuba membunuh
Nabi s.a.w.
Ghawrats lalu kembali
ke tengah-tengah kaumnya dengan berkata:
"Aku kembali mendatangi kalian dari tempat
sebaik-baiknya manusia."
Pada masa yang lain,
jenazah lewat di hadapan Rasulullah s.a.w..
Baginda s.a.w.
berdiri menghormatinya.
Para Sahabat r.anhum.
segera berseru:
"Wahai Rasulullah, itu adalah jenazah seorang
Yahudi."
Rasulullah s.a.w.
menjawab:
"Bukankah ia juga manusia."
Rasulullah s.a.w.
melarang pembunuhan perempuan, anak-anak (kanak-kanak), dan hamba sahaja selama
mereka tidak terlibat dalam peperangan.
Sehingga setiap kali
Nabi s.a.w. mengirim utusan atau ekspedisi pasukan, Baginda s.a.w selalu
berpesan:
"Jangan berlebih-lebihan,
jangan menipu,
jangan main-main dan
jangan bunuh anak-anak."
No comments:
Post a Comment