Monday 30 April 2018

KOMUNIKASI YANG BAIK



Ketika kita duduk bersama para ulama yang takwa dan pemahaman mereka terhadap agama sangat dalam kita perhatikan, ketika mereka menerima ucapan terima kasih dan pujian, jiwa mereka menjadi luluh dan akan tampak jelas raut-raut kegembiraan di wajahnya.

Suatu kebijaksanaan yang wajar diterapkan dan kerananya, tindakan kita jarang terpesong, tersasar dan gagal. Ini kerana dengan memuji-muji dengan sopan dan seadanya, akan dapat memikat hati orang lain.

Siapa mereka? Mereka adalah orang yang warak, yang zuhud, yang alim dan apa juga ketika menghadapi pujian, maka hatinya akan luluh, tersentuh, merasa sejuk, bergantung banyak sedikit pujian yang dilontarkan.

Kata-kata yang lembut memiliki tempat yang sangat kuat di dalam hati, manhaj yang benar adalah apabila kita dapat dari Baginda Nabi s.a.w. yang menyuruh kita untuk menempatkan manusia sesuai dengan posisinya, dalam bentuk penghormatan.

Kemampuan diri mencipta komunikasi yang baik, merupakan kurniaan Allah s.w.t.

Allah s.w.t. berfirman:



"Maka berkat rahmat dari Allah kamu menjadi lemah lembut (Wahai Muhammad) kepada mereka dan sekiranya kamu bersikap keras (ertinya akhlakmu jelek tidak terpuji) dan berhati kasar tentulah mereka akan menjauhkan diri dari sekelilingmu, maka maafkanlah mereka (atas kesalahan yang mereka perbuat) dan mintakanlah ampunan bagi mereka (atas kesalahan-kesalahan itu hingga Kuampuni) serta berundinglah dengan mereka (ertinya mintalah pendapat atau buah fikiran mereka) mengenai urusan itu (yakni urusan peperangan dan lain-lain demi mengambil hati mereka, dan agar umat meniru sunah dan jejak langkahmu, maka Rasulullah saw. banyak bermusyawarah dengan mereka.) Kemudian apabila kamu telah berketetapan hati (untuk melaksanakan apa yang kamu kehendaki setelah bermusyawarah itu) maka bertawakallah kepada Allah (ertinya percayalah kepadaNya.) Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakal kepadaNya." (Quran, surah Ali 'Imran: 159)


Kita boleh saja bersungut-sungut dan bermuram durja, di depan orang lain, tetapi risikonya, kita akan merugi kehilangan mereka dan mereka tidak akan merugi sedikit pun kehilangan kita kerana mereka akan mendapatkan orang yang lebih tawaduk, yang tersenyum kepada mereka, dan lebih merendah di hadapan mereka.

Allah s.w.t berfirman:




"Dan rendahkanlah dirimu (berlaku lemah lembutlah kamu) terhadap orang-orang yang mengikutimu, iaitu orang-orang yang beriman." (Quran, surah Asy-Syu'ara': 215)


Sesungguhnya perkara yang membahagiakan kita ialah bila kita mendapat sesuatu seperti orang lain, kerana mereka dapat memuji, menghargai, mendoakan, mencintai dan bersimpati kepada kita. 

Mereka adalah saksi-saksi Allah s.w.t. di muka bumi.





Sunday 29 April 2018

WANG PENGUKUR NILAI



Alat Pertukaran Barangan


Allah s.w.t. berfirman:




"Dan jika sekiranya penduduk negeri-negeri beriman ( terhadap Allah dan rasul-rasul mereka ) dan bertakwa (tidak kafir dan maksiat ) pastilah Kami akan melimpahkan kepada mereka berkah dari langit ( dengan melalui hujan ) dan bumi ( dengan melalui tetumbuhan ) tetapi mereka mendustakan ( rasul-rasul ) maka Kami siksa mereka ( Kami hukum mereka) disebabkan perbuatan mereka sendiri." (Quran, surah Al-A'raf: 96)


Wang adalah sesuatu pengukur bagi menentukan nilai sesuatu barangan. Maknanya perantaraan untuk alat pertukaran antara barangan yang diperlukan.

Wang sangat diperlukan untuk mengukuhkan kehidupan yang penuh prinsip. Ia mempunyai kekuatan dan pengaruh yang luar biasa.

Perniagaan yang berskala kecil, bersifat saiz runcitan kurang sangat diperdebatkan dalam percaturan meraih bidaan, kerana bukan bersifat monopoli, berunding terus, perbincangan tertutup dan bersifat konsesi terpilih.

Berbeza dengan perniagaan bersifat mega. Ia tidak memerlukan perjuangan dan pengorbanan dalam merebut peluang perniagaan kerana ia perniagaan kontrak tertutup. Pemberian terus tanpa kompromi, kerana di sana ada nilai perniagaan yang mendatangkan wang.

Ada perniagaan yang dijalankan dengan mengeluarkan baucar-baucar bayaran tetapi aktivitinya kosong-kosong. Nilainya pula dikreditkan. Perkara ini disebut; 'perakaunan menjuling' atau 'perakaunan senyap'.

Kadang-kadang ada cadangan perniagaan menggantikan hasil perahan otak individu lain, ia diciplak dengan beberapa penambahbaikan, ditebuk di sana sini bagi menjustifikasikan rancangan perniagaan itu bersifat 'genuine', kerana di sana ada nilai wang.

Ada pula perniagaan tidak berlatarbelakangkan konsep tetapi ia lebih kepada mengaktifkan aktiviti perniagaan. Ia melihat kepada falsafah menjana pendapatan melalui aktiviti perniagaan bertaraf dunia.

Tidak kurang juga perniagaan yang kosong-kosong lalu direka suatu modul kaedah mengeluarkan wang dari perbendaharaan.

Perniagaan yang berjaya bukan sahaja dilakukan secara cermat, telus dan berintegriti tetapi turut dilakukan dengan berkenyit mata dan menjuling pandangan kerana perniagaan menguntungkan terpampang di hadapan. Jangankan kicauan burung dan bunyi nyamuk sukar didengar, bahkan sapaan angin sepoi-sepoi bahasa pun sukar dirasai kerana rapatnya pintu ketika perbincangan dilakukan.

Ahli perniagaan berfikir dan melihat peluang; nilaian, cadangan, bidaan, perubahan semasa dan keutamaan, dengan meletakkan harga munasabah mengikut pasaran semasa dan perubahan-perubahan diluar jangkaan kerana di sana ada nilai wang.

Sesungguhnya masyarakat yang makmur dipimpin oleh ahli-ahli perniagaan yang amanah, jujur, berintegriti dan menentang syaitan, manakala masyarakat yang rosak dipimpin oleh ahli-ahli perniagaan yang berpakat, berkenyit-kenyit mata dan korup kerana di sana ada wang yang boleh dicairkan yang senang masuk saku setelah melalui perbincangan.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Your Blog Title

First post's title

Second post's title

Sidebar Gadget title