Ayat
ini disebutkan di dalam surah ini sebanyak tiga puluh satu kali. Istifham atau
kata tanya yang terdapat dalam ayat ini bermakna taqrir atau menetapkan,
demikian itu kerana ada sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Imam Hakim melalui
Jabir r.a. yang telah menceritakan, bahwa Rasulullah s.a.w. membacakan kepada
kami surah Ar Rahman hingga selesai. Kemudian beliau bersabda, Mengapa kalian
ini diam sahaja? Sungguh jin lebih baik jawapannya daripada kalian, kerana
sesungguhnya tiada sekali-kali aku bacakan kepada mereka ayat ini,
Maka
manakah nikmat-nikmat Rabb kamu berdua yang kamu dustakan? (melainkan mereka
menjawabnya: Wahai Rabb kami, tiada satu pun nikmatMu yang kami dustakan,
bagiMu segala puji."
Allah s.w.t. mengingatkan:
"Dan (ingatlah) pula ketika Tuhan kamu
berfirman: Rabb kalian sesungguhnya jika kalian bersyukur pasti Kami akan
menambah nikmat kepada kalian dan jika kalian mengingkari nikmatKu (apabila
ingkar terhadap nikmat Tuhan dengan kekafiran dan kederhakaan nescaya akan
menurunkan azab kepada kalian). Sesungguhnya azabKu sangat keras." (Quran, surah Ibrahim: 7)
Tuan
puan yang diberkati,
Pertamanya;
kita bersyukur atas nikmat Islam dan iman.
Keduanya;
kita bersyukur atas nikmat-nikmatnya; nikmat rezeki, nikmat mata, nikmat
hidung, nikmat lidah, nikmat telinga, nikmat tangan, nikmat perut, nikmat
kemaluan, nikmat kaki dan nikmat-nikmat lain yang amat banyak untuk
disenaraikan.
Ketiganya;
kita bersyukur atas nikmatnya kita bertakwa dan digolongkan menjadi penghuni
syurga.
Nabi
Daud a.s. berdoa:
"Wahai Tuhanku, bagaimana aku bersyukur
kepadaMu, sedangkan syukur itu sendiri juga merupakan nikmat dariMu."
Allah
s.w.t. berfirman:
"Kini, engkau telah mengakuiKu dan bersyukur
kepadaKu."
Rasulullah
s.a.w. adalah penghulu orang bersyukur, sabdanya:
"Wahai Tuhanku, berilah
pertolongan kepadaku untuk sentiasa mengingatMu, bersyukur kepadaMu dan
menjalankan sebaik-baik ibadah kepadaMu."
Dalam
perkara salat yang banyak dilakukan pada waktu malam sehingga kaki Nabi s.a.w.
bengkak, lalu ditanya;
"Mengapa engkau melakukan perkara itu,
sedangkan Allah telah mengampuni dosamu yang telah lalu mahupun yang akan
datang."
Rasulullah
s.a.w. menjawab:
"Tidak bolehkan aku menjadi hamba yang banyak
bersyukur?"
Seandainya
kita memerhati dan merenung kepada diri kita maka pastilah kita akan sujud
kepada Allah s.w.t. tanda terima kasih.
Allah
s.w.t. mencipta kita dalam keadaan normal, sihat dan seimbang; memiliki
pendengaran dan penglihatan, sifat merasa, penghiduan dan peka dengan sentuhan.
Anggota
badan sesuai dengan ukuran dan fungsi masing-masing; mata sepasang dengan
airnya berperisa masin, dan pandangannya walaupun menjuling tapi tetap fokus.
Telinga
diletakkan sebelah menyebelah tepi kiri kanan kepala dan air telinga itu pula
berperisa pahit. Ia pula sensitif dengan bunyi-bunyian.
Hidung
berkedudukan tepat diletakkan di tengah-tengah di antara mata dan mulut. Ia
menyegarkan otak/akal ketika melakukan pernafasan. (Kalau boleh hidung jangan
biarkan berair kerana ia ada kesan kepada pernafasan). Airnya bersifat hangat.
Bibir
mulut comel. Air mulut pula berperisa tawar walaupun bila bercakap dengan
seseorang bila rapat-rapat akan terhidu bau mulutnya.
Muka
berbentuk bulat/bujur, dan tangan sama panjang manakala jari jemari cantik
molek.(Letak cincin di jari manis nampak serinya).
Qubur
berfungsi melanjutkan zuriat dan nasab.
Dubur untuk saluran menyahkan barangan toksid dalam badan.
Dubur untuk saluran menyahkan barangan toksid dalam badan.
Dua
kaki menggerakkan anggota badan supaya rajin ke masjid surau untuk salat
berjemaah dan tegak kehidupan di jalan Allah s.w.t..
Oleh itu, wajarlah hidup
ini dinaungi keberkatan.
No comments:
Post a Comment