KHAIRUL
AZLAM MOHAMAD 06 MAY 2018
KUALA
TERENGGANU: Seramai 7,483 pegawai, anggota dan pasangan Polis serta Tentera
seluruh negeri Terengganu terlibat dalam proses pengundian awal bagi Pilihan
Raya Umum (PRU) Ke-14 ini.
Manakala,
di Kuala Terengganu hanya tiga Dewan Undangan Negeri (Dun) daripada empat
dikategorikan mempunyai pengundi awal iaitu Dun Bandar, Dun Ladang dan Dun Batu
Buruk.
Sementara
itu, calon N.13 Wakaf Mempelam, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah, berpuas hati
dengan proses pengundian awal yang dilaksanakan oleh pihak Suruhanjaya Pilihan
Raya (SPR).
Katanya,
proses itu berjalan dengan baik dan PAS mempunyai cukup petugas pilihan raya
yang dilantik khas.
"Saya
melakukan lawatan ke IPK Polis Terengganu ini untuk melihat sendiri proses
pengundian awal yang dikhususkan kepada mereka, yang telah berdaftar sebagai
pengundi awal terdiri dari anggota keselamatan dan pasangan di Kuala
Terengganu.
"Ini
(undi awal) melibatkan tiga Dun iaitu Ladang, Bandar dan Batu Burok. Proses ini
berjalan dengan baik dan mudah-mudahan ianya juga selamat, InsyaAllah," ujarnya
kepada Harakah ketika berada di Pusat Mengundi, Dewan Budaya, Ibu Pejabat
Kontinjen (IPK) Polis Terengganu, di sini semalam.
Menurutnya,
reaksi di kalangan anggota keselamatan terbabit yang ditemui ketika sedang
menunggu giliran amat positif.
Malah
menurut beliau, ada di kalangan anggota itu berbisik dengan isyarat ini kalilah
merujuk kepada perubahan.
Ketika
kunjungan itu, calon parti lawan PAS yang terdiri dari Barisan Nasional (BN)
dan Parti KeADILan Rakyat (PKR) turut melakukan lawatan yang sama menyantuni
warga pengundinya.
Sehubungan
itu, Ketua Polis Terengganu, Dato' Aidi Ismail berkata, daripada jumlah itu,
seramai 1,511 anggota membuang undi di Pusat Mengundi Dewan Budaya, Ibu Pejabat
Polis (IPK) Kontinjen Terengganu, dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang.
-HARAKAHDAILY 6/5/2018
Sumber: http://www.harakahdaily.net
No comments:
Post a Comment