ALANG IBN SHUKRIMUN
07 MAY 2018
TERSEBAR satu tulisan
propaganda mengenai kenapa PAS meletak dan tidak meletak calon di beberapa
kerusi campuran. Tujuannya adalah untuk mengaitkan konon terdapat strategi
terselindung antara PAS dan Umno.
PAS letak calon di kerusi bukan Melayu
Disebutkan kononnya PAS
meletakkan di kerusi bukan majoriti Melayu seperti Bayan Baru (39 peratus),
Sungai Siput (34 peratus), Teluk Intan (41 peratus), Bentong (47 peratus),
Klang (33 peratus) bertujuan untuk pecahkan undi Melayu di kalangan
pembangkang.
● Blue Ocean Strategy
Banyak fakta yang
disembunyikan sebenarnya. Pertama, kerusi-kerusi tersebut sebelum ini
ditandingi oleh bukan Melayu. Peratus keluar mengundi di kalangan Melayu adalah
sangat minima. Lalu PAS meletakkan calon Melayu di kawasan terbabit.
Strateginya, jika BN dan PH
berebutkan undi bukan Melayu, PAS fokuskan kepada undi Melayu. Secara tidak
langsung, PAS sebenarnya membantu meningkatkan keutuhan demokrasi negara dengan
menggalakkan orang Melayu turun mengundi.
● Tidak ganggu pengundi PH
Kedua, PH bergantung harap
kepada undi bukan Melayu. Undi Melayu kepada PH adalah sangat minima. Teras
undi PAS pula adalah Melayu. Maka tidak ada sebab mengatakan PAS adalah pemecah
undi kerana kedua parti ini berada pada Pool of Voters yang berbeza.
● Lebih tiga penjuru
Ketiga, tempat-tempat tersebut
sebenarnya bukan hanya pertembungan antara PAS, BN dan PH tetapi turut
melibatkan penjuru lain seperti PSM, PRM, MU dan Bebas. Di Bayan Baru, Sungai
Siput, Klang berlaku empat penjuru. Ada kawasan sampai 6 dan 7 penjuru.
Di kalangan parti lain yang
bertanding itu, kesemuanya diwakili bukan Melayu. Mereka lebih berpotensi untuk
memecahkan undi PH. Maka bukan PAS sebenarnya yang memecah undi.
PAS tidak letak calon di kerusi Melayu
Tulisan tersebut turut
menyatakan PAS tidak meletakkan calon di kerusi majoriti Melayu seperti di
Sembrong (61 peratus), Pengerang (90 peratus), dan Johor Bahru (53 peratus)
bertujuan untuk memberikan Umno menang selesa di sana.
● Faktor jentera
Fakta yang perlu diketahui
adalah, PAS sebelum ini tidak pernah meletakkan calon di kawasan terbabit.
Jentera PAS di kawasan terbabit juga minima. Potensi PAS untuk menang di sana
tipis. Maka PAS realistik untuk tidak bertanding di sana. PAS fokus kepada
kerusi-kerusi yang lebih berpotensi.
● PH juga mahu dua
penjuru
PH juga yang mahu supaya
berlaku pertembungan dua penjuru. Sepatutnya mereka bergembira dengan
keputusan, bukan terus menyalahkan PAS seperti sikap mereka di Dun Rantau,
Negeri Sembilan. Apabila calon mereka tidak layak bertanding, terus salahkan
PAS kerana tidak meletakkan calon. Sebelum ini mati-matian kempen dua penjuru.
Jelas angkara merekalah BN menang percuma.
Kenapa pula PH bertanding ke Kelantan?
Sekarang mereka perlu jawab
soalan berikut. Sekiranya benar matlamat mereka mahu jatuhkan BN, apa perlu
mereka bertanding di Kelantan? Bukankah BN sudah jatuh di sana? Bukankah
tindakan mereka hanya memecahkan undi pembangkang dan memberi peluang kepada BN
untuk menang? Siapa sebenarnya tongkat BN?
20 Syaaban 1439
7 Mei 2018
(ALANG IBN SHUKRIMUN) -
HARAKAHDAILY 7/5/2018
Sumber: http://www.harakahdaily.net
Prediksi Bola Werder Bremen vs Bayer Leverkusen 19 Mei 2020 yang akan langsung dari hasilbola.vip memprediksikan liga jerman terlengkap dengan di Jadwal Bola Malam Ini. Yuk bagi yang mau prediksi bola secara gratis langsung Chating di https://hasilbola.vip
ReplyDeletePrediksi Sepakbola
Prediksi Hasil Bola