Thursday 3 May 2018

TKP JAKIM ucap tahniah kepada IKB memperkasa anak-anak asnaf



Kuala Lumpur, 3 Mei – Dato’ Paimuzi bin Yahya, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Insan), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), mengucapkan syabas dan tahniah, kepada warga Institut Kemahiran Baitulmal (IKB) Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) sebagai platform memperkasa modal insan anak-anak asnaf memberi pendidikan berkemahiran tinggi.

Beliau menyatakan semasa menyampaikan ucapan perasmian Majlis Penganugerahan Sijil  kepada graduan IKB kali ke-26 sesi 2016/2017 di Dewan Al-Qardhawi, Sekolah Menengah Agama MAIWP.


--------------------

“Saya yakin, 
IKB akan memperkasakan latihan kemahiran ini 
bagi melahirkan anak muda berktrampilan 
seiring dengan perkembangan teknologi 
yang kita seharusnya menjadi negara pembina, 
pereka dan pencipta teknologi sendiri.”

Dato’ Paimuzi bin Yahya

--------------


Sempena majlis penganugerahan itu, seramai 94 pelajar menerima sijil tamat pengajian meliputi kursus-kursus; Teknologi Binaan Bangunan 8 orang, Kejuruteraan Elektrik 15 orang, Perkhidmatan dan Penyajian Makanan 22 orang, Reka Fesyen dan Pembuatan Pakaian Lelaki 14 orang, Reka Fesyen dan Pembuatan Pakaian Wanita 17 dan Seni Reka Lukis dan Seni Reka 18 orang.

“Pembangunan modal insan penentu meningkatkan produktiviti pembangunan negara seiring dengan kehendak pasaran semasa agar anak muda negara ini dapat dipertingkatkan kearah tenaga terlatih, produktif, berdaya saing dan mendapat rahmat Allah s.w.t..

“Dengan latihan intensif di IKB,  anak-anak asnaf  bakal melakarkan kejayaan besar suatu ketika nanti dan perkara ini sekaligus menafikan persepsi negatif tentang bidang kemahiran sebagai kerjaya kelas ketiga.

“Saya yakin, IKB akan memperkasakan latihan kemahiran ini bagi melahirkan anak muda berktrampilan seiring dengan perkembangan teknologi yang kita seharusnya menjadi negara pembina, pereka dan pencipta teknologi sendiri,” ucap Dato’ Paimuzi bin Yahya.

Pada majlis tersebut, adik Fuwaizah binti Haji Md. Sallehuddin dinobatkan  sebagai graduan terbaik sesi 2016/2017.

IKB juga memberikan Anugerah Khas kepada alumninya di atas sumbang mereka, iaitu Haslina binti Mat Yusoff, pengkhususan bidang kejuruteraan elektrik sehingga diamanahkan mengendalikan  tugasan tunggu sedia  di Bangunan Parlimen Malaysia  sempena Persidangan Dewan Rakyat dan Dewan Negara.

Anugerah Khas alumni IKB juga diberikan kepada, Roftah binti Che Mat kerana perkhidmatan di bidang Rekaan Fesyen dan Pembuataan Pakaian wanita yang menerima tempahan dari pelbagai jabatan kerajaan dan swasta.











No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Your Blog Title

First post's title

Second post's title

Sidebar Gadget title