Dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah
r.a., katanya bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud:
''Barangsiapa berdiri (dengan sembahyang dan ibadat)
pada malam Lailatul Qadar dengan iman dan ihtisab (yakni dengan keyakinan yang
sempurna dan harapan yang ikhlas untuk memperolehi ganjarannya) maka
dosa-dosanya yang lepas akan diampunkan.''
Maka, benarlah bahawa untuk mendapatkan rahmat Allah
s.w.t., kaum muslimin tidak memilih-milih malam untuk beribadah, iaitu pada
malam-malam tertentu saja. Mereka juga bukan mencari untung tanpa melakukan
banyak usaha. Sikap untuk mendapatkan untung mendadak, seperti; MLM, Forex, riba
dan seumpama dengannya, membuat kita jadi tertipu kerana Allah s.w.t. tidak
memberikan taufik untuk beribadah pada saat Lailatul Qadar.
Sebaliknya, mereka yang rajin beribadah sepanjang
malam, sepanjang hari, sepanjang minggu, dan sepanjang tahun serta tidak
memilih-milih masa, Insya-Allah akan mendapatkan Lailatul Qadar.
Sahabat, Ibnu Mas’ud r.a. pernah memberikan nasihat
tentang Lailatul Qadar, beliau mengatakan:
من يقم الحول يصبها
“Siapa saja yang salat malam sepanjang tahun, dia akan
mendapatkannya.” (Hadith riwayat Ahmad dan Abu Daud; dinilai sahih oleh
Al-Albani)
Ketika mendengar keterangan dari Ibnu Mas’ud ini,
Abdullah bin Umar mengatakan:
“Semoga Allah merahmati Ibnu Mas’ud, sebenarnya beliau
faham bahwa Lailatul Qadar itu di bulan Ramadan, namun beliau ingin agar
masyarakat tidak malas.” (Tafsir al-Baghawi, 8:482)
No comments:
Post a Comment