Raikan Ramadan Dengan Takwa
Alhamdulillah, kita panjangkan syukur pada Allah s.w.t.
dapatlah kita bertemu dengan Ramadan mulia 1439H.
Semoga amalan kita setiap saat diberkati olehNya dan
meletakkan kita di antara golongan yang tidak takut dengan celaan orang-orang
yang mencela.
Keberkatan hidup adalah kerana kita patuh kepada kerja-kerja
amar makruf (kebajikan) dan menahan diri dari melakukan perkara-perkara yang
diharamkan.
Insya Allah, kita pohon pada Allah s.w.t., semoga kita senentiasa
berada di atas landasan dakwah dan senentiasa berwaspada dalam perkara-perkara
syubahat.
Mohon maaf, selamat menjalani ibadah Ramadan.
Sekianlah, wassalam.
Hamba Allah.
No comments:
Post a Comment