Hari-hari
yang selalu kita ingati lazimnya adalah hari-hari yang kita terlibat padanya
sama ada kisah nostalgia, dan realiti-realiti hari ini adalah cita-cita
semalam. Manakala cita-cita hari ini, adalah realiti-realiti pada hari esok.
Hari-hari
yang kita rancang pada masa hadapan; adakalanya dalam jangkaan beberapa hari
atau minggu. Kadang-kadang beberapa bulan ke hadapan, dan biasanya tidak
melebihi 365 hari untuk tahun masihi dengan mengambil kira sebagai tempoh perakaunan -
perkara-perkara yang telah dijalankan pada tahun dinilai bagi memberi laluan
untuk diaudit mengenai aktiviti-aktivitinya terutama mengira jumlah-jumlah
cukai tahun yang dikenakan padanya.
Atau
mengikut pengiraan tahun hijriah 354 hari yang mudah dihitung dengan melihat
perubahan-perubahan bulan sebagai tempoh mengeluarkan zakat apabila telah cukup
syarat-syaratnya.
Tahun
Qamariyah dibandingkan dengan tahun Syamsiah ia kurang sebanyak 11 hari.
Susulan
tahun Qamariyah yang cepat itu maka Arab Saudi mengubah urusan kerajaan dan
pejabat daripada takwim Hijriah kepada kalender Masihi, sebagaimana Amerika
mengubah strategi perang memerangi Yaman dengan mengkehadapankan/menonjolkan
Arab Saudi tetapi sebaliknya ia beraksi di belakang tabir dengan menggunakan
satelit dan peranti-peranti untuk mensasarkan kawasan-kawasan yang dikenal
pasti untuk sasaran serangan. Demikian juga Amerika membantu Filipina
menggempur pejuang Maute di Marawi, Mindanao - bagi menetapkan tembakan,
strategi perang, atau secara langsung menggunakan pesawat pejuang atau
pengebom, dan peluncuran peluru berpandu melalui darat atau laut.
Laporan-laporan
peperangan yang dipaparkan memperlihatkan ketepatan tembakan adalah dilakukan
oleh mereka yang terlatih, mahir berperang, menyerang pada waktu malam.
Ciri-ciri penembakannya pula mirip seperti penyerangan sasaran-sasaran penting
di Iraq dan Libya pada waktu malam. Manakala Arab Saudi baru berjinak-jinak
menggunakan senjata. Mereka cuma bermodalkan wang dan dibisik-bisikkan. Oleh
itu, tidak menghairankan jika minyak Arab Saudi disedut oleh golongan jin
sehingga berhutang dengan IMF. Pelobi-pelobi Yahudi pula sedang
menggerak-gerakkan catur mereka dengan aktifnya di Asia Barat bagi mengalih
perhatian dan meraih keuntungan.
Tahun
Syamsiah yang dikenali sebagai tahun Masihi adalah berdasarkan pusingan bumi
lengkap mengelilingi matahari setahun selama 365 hari, dan tahun Qamariyah pula
berdasarkan perkiraan pusingan bulan mengelilingi matahari sempurna setahun
sekitar 354 hari.
Daripada
perubahan-perubahan itu kita dapat mengagak pasang surut air laut dan suasana
nelayan mengenal pasti lubuk-lubuk ikan berenang-renang dengan banyaknya.
Kebiasaannya
hari-hari yang diingati itu, antaranya; hari Jumaat, awal Muharram,
Maulidurrasul, awal Ramadan, Hari Perang Badar, Nuzul Quran, Aidilfitri, Israk
Mikraj, keputeraan YDA, Hari Kebangsaan, Wukuf di Padang Arafah, Aidiladha,
Hari-hari Tasriq dan banyak lagi hari-hari yang kita terlibat secara langsung
dengannya.
Nabi
s.a.w. mengingatkan tentang hari-hari yang kita lalui itu sebagaimana
diriwayatkan oleh Ibnu Hibban melalui Abdullah bin Umar r.a., sabdanya:
"Jika engkau berada diwaktu pagi, maka
janganlah menunggu-nunggu datangnya waktu petang dan jikalau engkau di waktu
petang, maka jangan menunggu datangnya waktu pagi. Ambillah kemanfaatan sewaktu
hidupmu ini untuk bekal kematianmu dan sewaktu engkau masih sihat untuk bekal
sakitmu"
Hadith lain pula, Ibnu ‘Umar r.a. berkata:
“Rasulullah
s.a.w. memegang kedua pundakku lalu bersabda: “Jadilah engkau hidup di dunia
seperti orang asing atau musafir (orang yang bepergian).” Lalu Ibnu ‘Umar r.a.
menyatakan, “Apabila engkau berada di petang hari, maka janganlah menunggu
hingga pagi hari. Dan apabila engkau berada di pagi hari maka janganlah
menunggu hingga petang hari. Pergunakanlah waktu sehatmu sebelum datang waktu
sakitmu. Dan pergunakanlah hidupmu sebelum datang kematianmu.” (HR. Al-Bukhari)
Manakala
hari-hari yang jarang dimasukkan untuk diingati dalam perancangan takwim kita,
takwim kita, antaranya; hari sakit mengejut/demam, hari bersedekah
barangan/wang, hari berzakat, menziarahi ibu bapa/keluarga, mengunjungi
hospital, mengunjungi kuburan, melawat pesakit ICU/kusta/kemalangan
parah/kronik, menziarahi kematian, bertanya khabar pada gelandangan, fakir dan
miskin, sekolah-sekolah agama, menziarahi ulama dan individu yang bersifat
tawaduk dan takwa, salat berjemaah di masjid surau serta banyak lagi jika
dihitung satu persatu.
Ada
lagi hari-hari yang kurang diingati selepas hari-hari dunia iaitu hari akhirat.
Kurangnya hari itu diingati kerana ia terhijab daripada pandangan.
Bagi
memasakkan akal supaya lekat bagi mengenali makna-makna, rahsia-rahsia dan
tujuan-tujuan dari nama-nama akhirat itu, antaranya adalah; hari kebangkitan
sesudah mati, hari bangun dari kubur, hari penuh penyesalan, hari perhitungan
amal, hari kegoncangan, hari peristiwa dahsyat, hari gempa besar, hari
pertemuan dengan Allah s.w.t., hari panggil-memanggil, hari pembalasan amalan
baik atau buruk, hari ancaman bagi kaum derhaka, hari yang tidak akan
bermanfaat banyaknya harta dan anak, melainkan orang yang menghadap mukanya
pada Allah s.w.t. dengan hati yang sejahtera, ..... (dan selain dari itu banyak
lagi senarainya).
Ibnu
Abiddunnya meriwayatkan daripada Ali bin Abi Talib r.a. bahawa Rasulullah s.a.w
bersabda:
'Sesungguhnya paling kutakutkan mengenai
kamu semua ialah dua perkara yakni mengikut hawa nafsu dan panjang angan-angan.
Mengikut hawa nafsu iu dapat menutup dari kebenaran dan panjang angan-angan itu
menyebabkan cinta sekali pada keduniaan."
Sesungguhnya
marilah sama-sama kita menjadikan takwim tahunan ini sebagai siap siaga
hari-hari yang akan dilalui, semoga ianya dipenuhi barakah. Amin Ya Rabbal
Alamin.
No comments:
Post a Comment