Friday 11 May 2018

Musa angkat sumpah Ketua Menteri Sabah



Khamis, 10 Mei 2018 | 11:44pm

Musa angkat sumpah Ketua Menteri Sabah
Oleh Suzianah Jiffar dan Olivia Miwil
cnews@nstp.com.my


KOTA KINABALU: Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Tan Sri Musa Aman mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri di Istana Negeri, di sini, malam ini.

Musa, 67, yang menjadi Ketua Menteri sejak tahun 2003 menyempurnakan upacara angkat itu pada jam 11.05 malam di hadapan Yang di-Pertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin.

Petang tadi, selepas mengadap Yang di-Pertua Negeri, Musa memaklumkan beliau akan mengangkat sumpah jam 8.30 malam ini.


TAN Sri Musa Aman mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri di hadapan yang di-Pertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin, di Istana Negeri, Kota Kinabalu. - Foto ihsan JKM
Musa sebelum itu memberitahu, semua 29 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) BN bekerjasama dengan dua ADUN STAR bagi membentuk kerajaan negeri dengan majoriti mudah menerusi 31 daripada 60 kerusi DUN.

Tengah hari tadi, Parti Warisan Sabah (WARISAN) bersama PKR dan DAP dilaporkan akan menubuhkan kerajaan selepas Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) mengumumkan keluar BN dan membawa lima ADUN untuk menyertai pakatan berkenaan.

Bagaimanapun, lima ADUN terbabit iaitu Datuk Abidin Madingkir (Paginatan), Ewon Benedick (Kadamaian), Datuk Bobbey Ah Fang Suan (Nabawan), Datuk Limus Jury (Kuala Penyu) dan Datuk Masiung Banah (Kuamut) menyatakan pendirian kekal dalam BN.






No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Your Blog Title

First post's title

Second post's title

Sidebar Gadget title