Monday 7 May 2018

Prof Hoo Kee Ping Ramal Tsunami Hijau Landa Melayu




SHARE ON:Facebook
Oleh: Amirul Hidayat


Pakar Ekonomi dan Penganalisis Politik, Prof Dr Hoo Kee Ping mengakui terdapat satu bentuk tsunami baru dengan pertandingan tiga penjuru iaitu ‘Tsunami Hijau’ dijangka melanda di 160 kerusi parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU 14).

Beliau turut meramal beberapa nama besar yang mewakili Pakatan Harapan akan kalah di dalam PRU 14, kerana sebelum ini mereka hanya sekadar menumpang di kerusi tradisi yang dikuasai oleh PAS.

Beliau menyatakan beberapa kawasan parlimen yang akan kalah seperti Langkawi,  Permatang Pauh, Lembah Pantai dan Gombak.

“Mahathir akan kalah di Langkawi disebabkan sokongan rakyat memihak kepada PAS.

“Nurul Izzah akan kalah di Permatang Pauh.

“Buktinya, PAS telah memenangi kerusi Permatang Pauh terlebih dahulu sebelum Anwar Ibrahim bertanding.

“Wan Azizah pasti kalah di Lembah Pantai kerana PAS telah mendapat sekurang-kurangnya 30% pengundi Melayu,” demikian penjelasan beliau.

Beliau juga menegaskan, kawasan Gombak merupakan kubu kuat bagi PAS dan Azmin akan hancur jika beliau bertanding di kerusi tersebut.

Pemecahan undi yang amat ketara pada PRU 14 juga bakal memecahkan Pakatan Harapan dan mempengaruhi keputusan PRU 14 pada 9 Mei nanti.

Hal demikian katanya disebabkan gelombang ‘Tsunami Hijau’ yang dibawa PAS di dalam kancah arena politik masa kini.






No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Your Blog Title

First post's title

Second post's title

Sidebar Gadget title