Parti-parti
yang bertanding PRU -14 saling melontarkan pandang masing-masing yang boleh
diikuti oleh masyarakat sama ada disiarkan melalui media cetak atau elektronik,
atau tidak disiarkan langsung dalam mana-mana medium sebaran namun ia diingati dan
difahami maksudnya oleh para pendengar ketika kempen.
Barisan
Nasional menawarkan manifesto yang boleh diikuti oleh masyarakat melalui media
cetak, elektronik atau disuarakan oleh pimpinannya melalui ceramah-ceramah di
lapangan.
Mereka pula membuktikannya melalui dasar-dasar yang dilakukan semasa tempoh pemerintahan dan terus menekankan tentang kelangsungan pemerintahan mereka sehingga wawasan 2050 melalui TN50.
Pakatan
Harapan juga turut mengemukakan pandangan mereka dalam bentuk manifesto, melalui
media cetak dan elektronik serta ucapan spontan, santai. Serangan mereka pula tertumpu
kepada parti PAS yang kini dalam suasana selesa dalam lanskap politik semasa.
Gagasan Sejahtera yang dipimpin oleh PAS dengan nada sederhana kerana sifatnya membawa manifesto Malaysia Sejahtera dengan
mudah dapat menangkis segala tohmahan yang dilontarkan oleh pihak lawan dan pada
ketika yang sama melontarkan balik soalan kepada pihak lawan dalam bentuk
pertanyaan.
Kekosongan
222 kerusi Parlimen dan 503 kerusi DUN, manakala kerusi DUN Rantau di Negeri
sembilan di menangi oleh Datuk Mohamad Hassan dari BN, setelah calon PKR gagal
bertanding.
Kekosongan
kerusi Parlimen dan DUN sebanyak 725 kerusi ini telah mendapat perhatian kepada mereka yang layak bertanding setelah
disahkan oleh SPR seramai 2,333 orang untuk Pilihan Raya Umum Malaysia ke-14.
Siapakah
yang akan membolotnya?
No comments:
Post a Comment