Selepas
kebangkitan Ibrahim a.s. menjadi utusan Tuhan Yang Maha Mulia di muka bumi ini,
umur umat manusia amat terbatas. Paling panjang pun tidak melebih 150 tahun atau
kurang daripada itu.
Semua
itu adalah suatu hikmah dan peringatan kepada umat manusia supaya tidak
tersasar kerana tempohnya singkat dan kehidupan pula terhad.
Mereka
yang dikurniakan kebaikan akan senentiasa berwaspada manakala mereka yang
menyimpang berada pada landasan kebatilan.
Nabi
Muhanmad s.a.w., umurnya sehingga 63 tahun.
Nabi Isa a.s, 33 tahun.
Nabi Yahya
a.s. 95 tahun.
Nabi Zakaria a.s. ketika mendapat anak, umurnya telah mencapai
120 tahun, dalam usia warga emas.
Nabi Sulaiman a.s., ketika diangkat menjadi
raja berumur 12 tahun dan Baginda a.s. memerintah selama 40 tahun dan berkahwin
dengan puteri Balqis.
Nabi Daud a.s., umurnya 100 tahun, dan ketika berusia 40
tahun Baginda a.s. diangkat menjadi nabi dan raja.
Nabi Harun a.s., umurnya 122
tahun.
Nabi Musa a.s, yang dihanyutkan oleh ibunya di Sungai Nil berumur
sehingga 120 tahun.
Manakala
nabi-nabi selepas Nabi Ibrahim a.s., umur mereka tidak melebihi 200 tahun.
Nabi
Ayyub a.s. berumur sehingga 93 tahun.
Nabi Yusuf a.s. dan bapanya, Nabi Yakub
a.s. masing-masing berumur 110 tahun dan 137 tahun.
Dua
orang anak Nabi Ibrahim a.s. yang berlainan ibu; Ismail dan Ishaq, umur mereka
tidak melebihi umur ayah mereka.
Nabi Ishaq a.s, umurnya 180 tahun.
Nabi
Ismail a.s. 137 tahun.
Oleh
itu, jangankan Nabi-Nabi a.s. yang 'saleh dan takwa' bersifat begitu hebat dan
singkat umurnya, inikan pula kita yang jauh lebih singkat daripada umur mereka
tetapi berlagak 'sombong dan degil', kerap terpahat pada akal dan tindakan
menggayut golongan kesyirikan.
Mengapa
perkara tersebut berlaku?
Kerana umur yang singkat, kesibukan melalaikan,
keadaan yang mempengaruhi kehidupan dan yang penting jangan mereka-reka cerita
dongeng dan mendajal yang mengakibatkan masyarakat awam dalam kegelisahan.
Kita
sebenarnya banyak mengharapkan syafaat Nabi s.a.w. dan rahmat Allah s.w.t..
dengan adanya iman dan Islam yang kita genggam berbanding dengan amalan-amalan
ikhlas yang tertanam dalam tindakan dan akal kita.
Maka,
akibat kesibukan, dan masa yang dilalui memendek, mereka yang terdekat dengan
kita pun ada kalanya kurang diingati terutamanya yang telah mati.
Ia
bukan sahaja kurang diingati, tetapi kurang disebut dan diperdebatkan. Mereka
hanya teringat sepintas lalu ketika berdoa kepada Allah s.w.t.
Keintiman
itu hanya terlintas apabila melafazkan kalimah; 'kaum muslimina dan muslimat,
mukminina dan mukminat' sama ada yang masih hidup atau yang telah mati.
Marilah
kita raihkan umur yang ada ini dengan melipat gandakan amalan-amalan yang
menarik kita kepada syurga dan menjauhi diri dari tercampak di neraka.
Semoga
hidup kita dibarakati.
No comments:
Post a Comment