Menjanjikan
perubahan sikap dua watak dalam memberi deskripsi kehidupan bertaraf dunia yang
diimpikan
Seorang gadis jelita beria-ia sangat ingin menjadi artis terkemuka, walaupun ia dilahirkan di bawah bumbung kesopanan dan kesusilaan.
Gadis
yang baik, sopan dan berbudi bahasa, tetapi akhirnya mendedahkan tubuh badannya
yang cantik menarik, kulit gebu, lemah lembut, dicemari oleh debu-debu
kekotoran.
Minatnya
yang menjulang tinggi menyebabkan seorang sutradara menawarkan watak heroin
untuk drama yang akan dibintangi oleh si gadis jelita.
Bermulanya
penggambaran drama yang hebat itu di suatu tempat terpencil yang asing dari
hiruk-pikuk perbandaran.
Sinopsis
drama tersebut menekankan tentang perubahan sikap - unsur-unsur keberanian
kepada gadis jelita sehingga boleh berdikari dan ditiduri oleh lelaki-lelaki
maling secara bergilir-gilir daripada sutradara sehingga kepada crew
penggambaran, meratahi tubuh dagingnya berkulit gebu.
Kekuatan
drama ini membuktikan bahawa kelembutan seseorang gadis yang bercita-cita
melangit setanding dengan 'superstar', menjadi kenyataan.
Walaupun
hanya satu episod saja daripada beberapa episod drama itu yang sempat disiapkan
namun ia dianggap telah berjaya, daripada gadis jelita bertaraf kampungan
bertukar diangkat kepada heroin bertaraf dunia.
Sebagaimana
Bahalul yang berjawatan seorang hakim dan ilmuan pun boleh mengubah kehidupanya
menjadi gelandangan kampungan, inikan pula gadis jelita kampungan tidak sukar
baginya untuk mengubah wataknya kepada wanita bertaraf dunia.
Ia
suatu yang enteng dalam kehidupan apabila nasihat orang tua diabaikan dan ibu
bapa pula membiarkan anak-anak gadis mereka diperangkap oleh suasana tanpa
pengawasan.
Begitulah
dunia yang dicari akan menghilangkan harga diri, kerana ia memerlukan penampilan
untuk membina wawasan kehidupan sama ada kepada lelaki yang bernama Bahalul atau si gadis jelita yang menuruti hawa nafsunya.
No comments:
Post a Comment