DR KAMARUL ZAMAN YUSOFF
30 APRIL 2018
TERKEJUT saya selepas menonton
rakaman video syarahan Dr Wong Chin Huat, seorang strategis terkemuka DAP yang
mengetuai Program Kajian Politik di Penang Institute, sebuah badan pemikir
besar yang didanai oleh Kerajaan DAP Pulau Pinang dan yang dipengerusikan
sendiri oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, pada malam tadi, 29
April 2018.
Di dalam syarahan anjuran
Engage bertajuk “Malaysian Politics: How Did We Get To Where We Are Today?”
yang dilangsungkan di Tropical Inn Hotel, Johor Bahru, itu, Dr Wong Chin Huat
di antara lainnya menyebut mengenai perkara-perkara berikut:
● Pertarungan dalam PRU14 sebenarnya
bukanlah antara Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Najib Razak. Tetapi
adalah antara Tun Dr Mahathir Mohamad dan PAS yang sekali gus didakwa akan
menjadi penutup kepada pertembungan antara Tun Dr Mahathir Mohamad dan PAS
sejak 1981.
● Naratif dan jalan cerita yang dibawa oleh
PAS makin lama makin diterima rakyat sehingga kajian Pew Centre pada 2013
menunjukkan 86 peratus rakyat Islam Malaysia menyokong perlaksanaan hukum
syariah dan sebenarnya mengatasi Umno (actually defeats Umno) yang didakwa
makin lemah.
● PAS kini menjadi makin sederhana di mana
RUU 355 tidak lagi menyebut mengenai perlaksanaan Hudud tetapi hanya menyebut
mengenai peningkatan status Mahkamah Syariah. Dan ini munasabah (makes sense)
kerana jika bukan sebab British, kita tidak akan mempunyai Perlembagaan
Sekular.
Dengan pengakuan Dr Wong Chin
Huat kepada hadirin bukan Melayu beliau ini, maka terbuktilah para pemimpin DAP
berbohong besar bila mendakwa bahawa PAS makin Radikal dan makin ditolak oleh
rakyat. Pertarungan dalam PRU14 adalah antara PH dan BN sahaja serta RUU 355
tidak munasabah dan perlu ditentang oleh rakyat Malaysia.
Jauh bezanya syarahan Dr Wong Chin
Huat ini dengan kenyataan beliau di dalam portal berita Malaysia Kini pada 5
Mei 2017 dahulu bahawa PAS adalah 'Barua Umno'. - HARAKAHDAILY 30/4/2018
Sumber: http://www.harakahdaily.net
No comments:
Post a Comment